Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 5, 2024 @ 2:24pm

Tular Video Lama MK K-Clique Ketuai Bacaan Doa Sebelum Mula Shooting ‘Aku Bukan Ustazah’, Netizen Puji: “Boleh Jadi Contoh”

Pelakon dan penyanyi MK K-Clique tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas tular sebuah video yang memaparkan dirinya mengetuai bacaan doa sebelum memulakan penggambaran drama.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah mengiringi bacaan doa tersebut ketika menjalani sesi penggambaran drama TV3, Aku Bukan Ustazah.

Malah, pemilik akaun tersebut turut memaklumkan pelakon itu juga sering membacakan doa setiap kali berada di set penggambaran.

“Doa Adam untuk kita semua. Adam a.k.a MK ni la yang selalu baca doa dekat set Aku Bukan Ustazah ni,” tulisnya.

Kagum dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji sikap MK di ruangan komen.

“Bertuah lah Siti Hajar, berimamkan MK.

“Nampak sangat biasa baca doa ni.

“Moga jadi ikutan untuk artis yang lain.

“Bukan kaleng-kaleng (biasa-biasa) MK ni. Sejuk perut mak. Berutung isteri dia,” komen warganet.

@shasha_7575 Ustaz Adam bacakan doa untuk kita semua Aamiin #akubukanustazah #akasiatv3 #7pm #dramamelayu #drama #fyp #fypp #fyy #foryou ♬ original sound – Shasha

Selain MK, drama Aku Bukan Ustazah itu juga turut dibintangi oleh Erysha Emyra, Haneesya Hanee, Shaza Bae, Zahiril Adzim, Qistina Khaled dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama arahan Idora Abdul Rahman itu menerusi Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam atau secara strim di aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Nov 2025

Sharifah Rose Perjelas Status Terkini Dengan Ezzrin Loy – “Kami Tak Rapat Macam Dulu” 

Sharifah Rose, akhirnya membuka mulut mengenai status terkini hubungannya dengan Ezzrin Loy.

Trending Thu, 1 Oct 2020

Covid-19 : 89 Kes Baharu Dan 2 Kematian Dicatatkan

Jangan mudah mengalah, terus patuh SOP!

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

Trending Tue, 29 May 2018

Bukan Alasan! Walaupun Anak Penagih, Amirul Afeeq Merupakan Anak Muda Ketiga Negara Bergelar Graduan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat

Beliau mengakui bahawa kehidupannya sebelum ini bukanlah seperti orang lain, kerana menurutnya dia bukanlah seorang yang dilahirkan dengan kehidupan yang mewah kerana ibunya terpaksa melakukan apa-apa sahaja kerja demi membesarkan mereka tiga beradik

Featured Tue, 21 Jun 2022
error: Content is protected !!