Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 6, 2024 @ 11:30am

“Reda Ni Berat… Bukan Setakat Cakap Dengan Mulut, Hati Pun Kena Ikhlas” – Zara Zya

Pelakon Zara Zya tampil berkongsi titipan nasihat berkenaan keikhlasan reda dengan segala ketentuan yang diberikan oleh Sang Pencipta.

Perkongsian berbaur nasihat itu telah dimuat naik oleh Zara menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs), semalam.

Menurut Zara, reda itu sesuatu perkara yang berat namun perlu ikhlas dengan sepenuhnya.

“Redha ni berat. Bila kita cakap kita redha dengan apa Allah beri, bukan setakat cakap dengan mulut. Hati pun kena ikhlas sekali. Ikhlas terima aturan Allah. Tak ada rungutan.

“Tak ada rasa terbeban. Kita lepaskan kehendak hati. Kita serahkan segalanya kepada DIA,” tulisnya.

Sebelum ini, Zara telah berkongsi perkembangannya selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan melakukan rawatan dua sindrom dihadapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

Kata Zara, dia kini sudah boleh duduk dan boleh berjalan perlahan-lahan.

Artikel Berkaitan: Selesai Jalani Pembedahan, Zara Zya Kongsi Keadaan Terkini… Terharu Ramai Titip Doa – “Syukur Allah Beri Peluang Berkali-Kali”

Artikel Berkaitan: “Pada Awalnya Nak Buat Check Up, Tapi Doktor Kesan Ada Beberapa Sakit Lain” – Bakal Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan, Zara Zya Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: “Selepas Buat Ujian MRI Baru Dapat Tahu” – Dikesan Alami Masalah Di Leher, Zara Zya Ditahan Di Wad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Aug 2022

Wang Lebih RM350,000 Lesap! Pesara 62 Tahun Terjerat Dengan Macau Scam

Kesiannya 😭 Hati-hati korang and rajin-rajinlah check phone parents korang jugak okay.

Trending Fri, 14 Nov 2025

REV Media Group Lebarkan Dominasi Digital Dengan Penguasaan Penuh The Vocket

Langkah strategik ini dijangka mengukuhkan lagi kekuatan REV Media Group dalam pasaran digital berbahasa Melayu

Trending Tue, 5 Nov 2019

BTS Jungkook Kemalangan, Babitkan Pemandu Teksi

Speedy Recovery Jungkook Oppa!

Trending Thu, 10 Jun 2021

Lepasan SPM 2020 Diminta Kemas Kini UPUOnline Bermula 15 Jun Ini

Calon SPM2020 jangan ketinggalan untuk update UPUonline okay!

Featured Wed, 1 Mar 2023
Trending Wed, 7 Apr 2021
error: Content is protected !!