Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 6, 2024 @ 3:39pm

Suami BCL Nafi Songlap Duit Syarikat RM1.7 Juta, Tiko Dakwa Bekas Isteri Belum Move On

Suami penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), Tiko Aryawardhana menjawab dakwaan menyeleweng duit sebanyak RM1.7 juta syarikat bersama bekas isteri, Arina Winarto.

Selaku peguam mewakili Tiko, Irfan berkata anak guamnya itu mendakwa bekas isteirnya melaporkan kes penyeleweng duit tersebut gara-gara belum ‘move on’ daripada penceraian mereka.

“Mungkin isu ini berkaitan dengan masalah rumah tangga yang belum selesai meski mereka sudah bercerai.

“Saya boleh katakan dia (Arina) gagal move on. Persoalan peribadi seharusnya diselesaikan secara baik, tidak perlu seperti ini (lapor polis),” dakwa Irfan.

Tiko dan Arina membina bisnes kulinari ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Bagaimanapun, Arina telah mendakwa Tiko menyeleweng duit syarikat mereka itu selepas mereka bercerai sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Irfan turut mengeaskan Tiko yang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan PT ASS tidak pernah menyeleweng duit di syarikat tersebut,

“Dari segi laporan tentang penyelewengan duit sehingga Rp 6.9 miliar (RM1.7 juta), selepas memeriksa dengan pihak polis, jumlah yang dinyatakan tidak sampai begitu.

“Jadi angka yang disebut juga sudah keliru dengan laporan polis yang dibuat. Dan klien saya tidak pernah tahu mengenai audit yang dilakukan. Jika ada sila kemukakan.

“Malah, pihak klien meminta agar kelak jika kes ini dibicarakan secara terbuka supaya jelas terbukti semua perkara,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: Suami BCL Didakwa Seleweng Dana Syarikat Bekas Isteri Sebanyak RM1.7 Juta

Sumber: Gempak, Detik.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

2018 DIJANGKA TAHUN LEBIH INDAH AMAR BAHARIN

Amar juga mengakui tahun 2018 merupakan tahun yang sangat sibuk bagi dirinya mahupun Amyra

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Tahniah! Zaaim Juara Mentor 7

Alhamdulillah… Tahniah Zaaim!

Hiburan Fri, 3 May 2019

Dayah Bakar Teruja Pertama Kali Sambut Puasa Sebagai Isteri

Meskipun tinggal berjauhan dengan suami, dia dan suami sepakat berjumpa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Featured Tue, 7 Jun 2022
Featured Tue, 3 Dec 2024

“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani

Datin Lisa Surihani menyokong tindakan pelakon yang juga model, Zahnita Wilson susulan isu keganasan rumah tangga yang menimpanya baru-baru ini.

Trending Sat, 10 Feb 2018

AJL32: PENTAS AJL BERHANTU????

Pentas AJL berhantu??? Alamak! macam mana tu?

error: Content is protected !!