Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 7, 2024 @ 9:02pm

Pesona Warna Pesta Permata

Jenama barangan kemas terkemuka, HABIB sekali lagi menganjurkan GEMFEST (Pesta Permata) 2024 yang juga merupakan kempen tahunan syarikat itu bermula sekarang sehingga 30 Jun ini.

Lebih menarik lagi, kempen itu juga turut dimulakan dengan majlis pameran koleksi terkini yang menampilkan rekaan unik berasaskan berlian dan batu permata berwarna-warni yang diadakan di The Ritz Carlton Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi acara tersebut, HABIB turut mengadakan sesi perkongsian interaktif dengan menjelaskan secara terperinci tentang berlian dan batu permata yang diketuai oleh Datuk Seri Meer Habib, yang juga merupakan GIA Graduate Gemologist bertauliah, diiringi ahli gemologi berpengalaman dan pakar barangan kemas HABIB.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpuan HABIB, Datuk Seri Meer Habib, selain mahu berkongsi pengetahuan, GEMFEST 2024 ini diadakan untuk meraikan keindahan semula jadi berlian dan batu permata yang berharga itu kepada umum.

“Kami memegang tanggungjawab untuk menyediakan pelanggan dengan barangan kemas berkualiti sambil terus berkongsi pengetahuan dan meningkatkan penghargaan secara umum terhadap berlian dan batu permata berwarna.

“Melalui GEMFEST, HABIB meraikan keindahan semula jadi batu-batu berharga ini, sambil mempamerkan komitmen teguh kami terhadap kehalusan ketukangan, kecemerlangan reka bentuk dan pemilihan teliti batu permata yang unik dan jarang ditemui,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Terkenal dalam menghasilkan barangan kemas yang berkualiti secara konsisten, acara tersebut juga memberi peluang kepada tetamu jemputan untuk melihat secara terperinci proses pembuatan barangan kemas eksklusif, serta disajikan dengan koleksi baharu yang memukaukan daripada HABIB.

Antaranya seperti anting-anting Turmalin Merah Jambu dan Hijau yang dikenali sebagai Toi et Moi, rantai leher Tanzanit 34.33 karat yang menawan dan cincin Turmalin Paraiba yang menjadi idaman ramai, batu Sphene Hijau, Tanzanit, Tiger’s Eye dan sebagainya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 2 Jan 2021

Akhmal Nazri Selamat Bernikah 31 Disember Lalu

Wah, Jibam dah kahwin.. Tahniah!

Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪

Drama Wed, 8 Oct 2025

Jeon Yeo-Been Ubah Segalanya Dalam Drama Terbaharu, Ms. Incognito! Saksikan Sekarang Di Tonton

Ms. Incognito mula ditayangkan serentak di Korea dan Malaysia bermula 29 September 2025, eksklusif di Tonton!

Hiburan Thu, 20 Feb 2025

Isu Hangat Ameera Khan, Jefri Nichol Sering Jadi Bualan… Ini Respons Neelofa

Neelofa memohon orang ramai agar menitipkan doa yang baik terhadap adiknya.

Featured Mon, 12 Jul 2021

Sukar Bayar Ansuran, Moratorium 3 Bulan Perlu Buat Individu Punya Tunggakan Lebih 90 Hari

Isu moratorium dan pinjaman saban hari masih menjadi perbincangan dalam kalangan rakyat. Justeru, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan berkenaan pinjaman moratorium. Menurut, Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia […]

Featured Fri, 22 Apr 2022

Mawi Tak Kisah Dilabel Sebagai ‘Suami Takut Bini’

Jarang-jarang kan suami berani nak mengaku takut bini…

Featured Fri, 9 Dec 2022
Hiburan Fri, 29 Aug 2025
error: Content is protected !!