Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 22, 2022 @ 4:08pm

Mawi Tak Kisah Dilabel Sebagai ‘Suami Takut Bini’

Penyanyi dan pengarah filem Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, mengakui dia mengamalkan sikap berterus-terang dengan isterinya bagi mengelakkan masalah rumah tangga.

Tak kisah dilabel sebagai ‘suami takut bini’, Mawi menyatakan yang dia gemar menggunakan perkataan ‘takut bini’ di khalayak umum sebagai tanda rasa hormat akan isterinya, Ekin.

Memetik daripada laporan mStar, penyanyi dan pengarah itu berani mengakui yang dia termasuk dalam golongan terbabit.

“Bila simpan-simpan ini, boleh jadi sangsi dan bersangka buruk. Apa saja kita buat, kena terus terang. Saya cuba amalkan benda itu la.

“Maksudnya mana pergi pun, saya beritahu. Sebab itu saya tak malu kata takut bini. Saya rasa takut bini itu sebenarnya akan membahagiakan lagi,” ujarnya kepada mStar.

Mengulas mengenai rumah tangga, Mawi juga memaklumkan bahawa dia juga tidak terkecuali diuji dengan masalah rumah tangga bersama isterinya Ekin atau nama sebenarnya Nora’ Asikin Rahmat.

“Masing-masing ada ujian la… yela, macam mana nak tempuh ujian itu. Saya pun melalui ujian rumah tangga, bukan orang ketiga kea pa. Tapi ujian rumah tangga.

“Ujian rumah tangga ini besar, bukan gangguan orang ketiga saja. Dalam rumah tangga ini, kita kena terus terang, dengan pasangan ini tak boleh simpan-simpan.” ujarnya lagi.

Mawi turut memberitahu yang isterinya banyak membantu dan menyokong dirinya selama mendirikan rumah tangga bersama malah isterinya juga turut membantu dalam memberikan modal bagi menghasilkan filem.

Mawi dan Ekin telah mendirikan rumah tangga sejak 2008. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cahaya Malaika, 10.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 May 2018

13 Fun Facts About BTS Anyone Should Know

If you’re a new fan, you might want to know some of these things.

Featured Tue, 5 Nov 2024

Selesai Rekod Persetujuan Nafkah Idah & Anak, Fazura Fail Tuntutan Hadanah Terhadap Fattah Amin

Perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak akan ditetapkan tidak lama lagi. Doakan yang baik-baik buat Faz dan Fattah Amin!

Featured Sat, 20 Aug 2022

Tersilap Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’, Neelofa Mohon Maaf – “Saya Tidak Fokus Ketika Komen”

Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip – Neelofa

Hiburan Sun, 3 Nov 2019

Sarah Hildebrand Sah Isteri Kepada Otto Dengan Sekali Lafaz!

Tahniah Sarah dan semoga kekal hingga ke Jannah!

Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Featured Thu, 9 Feb 2023

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Amboiii Zizannn, kalau suka bagi tahu terus 🤪🤪 Nanti terlepas.. Hihiii

Featured Thu, 15 Jan 2026

“Bila Pergi Majlis Ilmu Baru Faham, Teguran Itu Tanggungjawab Sesama Muslim… Tapi Tidak Memalukan” – Betty Rahmad

Menurut Betty, sebelum ini dia sering berasa defensif setiap kali menerima teguran, apatah lagi apabila ia datang daripada individu yang bukan bergelar ustaz ataupun ustazah.

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Impian Jadi Kenyataan, Syamel Mampu Beli Kereta Mewah Okay!

Wah, lepasni bolehlah tumpang kereta Syamel ronda-ronda

Featured Thu, 22 Nov 2018

G-Shock Realisasi Figura Optimus Prime Dalam Bentuk Jam Tangan, Memang Gerek!

Figura Optimus Prime ini juga boleh bertukar kepada dua mod, ‘Robot Mode’ dan juga ‘Pedestal Prime Mode’.

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
error: Content is protected !!