Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi June 8, 2024 @ 3:19pm

Kes Zayn Rayyan: Keterangan Tak Selari Antara Punca Reman Ibu Bapa Disambung 6 Hari Lagi

Keterangan tidak selari dan tidak konsisten antara salah satu punca pihak polis memohon reman kedua ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan untuk disambung enam hari lagi bermula Jumaat, 9 Jun.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan memaklumkan tempoh reman yang disambung selama enam hari itu akan memberikan masa kepada pasukan siasatan bagi melengkapkan siasatan secara lebih terperinci.

“Polis sedang menjalankan berbagai usaha dalam melengkapkan siasatan. Ada perkara perkara yang perlu disemak semula, ada perkara perkara yang tidak selari ataupun tidak konsisten daripada keterangan-keterangan daripada saksi dan ibu bapa,” katanya.

Hussien Omar berkata siasatan fasa pertama sepanjang tempoh reman selama tujuh hari sebelum ini telah selesai namun perlu diperiksa semula.

Beliau menambah, tindakan selanjutnya yang bakal diambil kelak akan bergantung kepada perkembangan siasatan polis.

“kita telah selesai soal siasatan fasa pertama dan ada perkara kita kena counter check.

“Lain-lain perkara sama ada kita perlu (keterangan sesiapa) atau tangkap sesiapa, itu bergantung siasatan dalam tempoh ini, dalam tujuh hari setakat kita panggil tiga orang beri keterangan,” ujarnya lagi.

Kanak-kanak austisme Zayn Rayyan ditemui maut di anak sungai berdekatan kediamannya terletak di Apartment Idaman, Damansara Damai pada Disember lalu.

Ibu bapa Zayn Rayyan direman selama tujuh hari sejak 1 Jun lalu dan tiga individu termasuk bekas pengasuh kanak-kanak tersebut turut dipanggil memberi keterangan.

Pada Jumaat, Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah menyambunh reman ibu bapa untuk enam hari lagi selepas ada beberapa kenyataan bercanggah dan tidak konsisten.

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Dalam Keadaan Tertekan, Menangis… Ulang Kali Tegaskan Pembunuh Masih Di Luar

Artikel Berkaitan: Situasi Di Luar Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Sempat Jerit “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”

Sumber: Malaysia Gazette

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Nov 2024

Nyanyian Fazura Dikecam, Pengurus Kesal Nama Dipetik  – “Saya Memang Tak Ada Kena Mengena Dengan Projek Lagu Itu”

Pengurs Fazura menegaskan bahawa dia tiada kena mengena dengan promosi lagu tersebut di Indonesia.

Trending Tue, 22 Jan 2019

Wanita ini dikenakan caj RM94 oleh pemandu teksi, padahal tambang Grab hanyalah RM13

Untuk perjalanan sejauh 15km, memang tidak masuk akal!

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Individu Minta Hafiz Mahamad Henti Buat ‘Content’, Didakwa Maki Pekerja? – “Cukuplah Dengan Toksik Leadership, Mereka Ada Maruah”

Seorang individu meminta Hafiz untuk berhenti membuat ‘content’ yang didakwa menjatuhkan maruah pekerjanya

Hiburan Fri, 7 Feb 2025
Hiburan Tue, 22 Jul 2025

Penyanyi Nasyid Popular Didakwa Curang Sejak Tahun Lalu, Isteri Reda Bermadu?

Penyanyi Nasyid Popular Didakwa Curang, Isteri Reda Bermadu

Featured Fri, 20 Dec 2024

Dakwa Difitnah, Jay Iswazir Mahu Bekas Isteri Mohon Maaf – “Kalau Gagal Saya Tuntut Ganti Rugi”

, Jay menyerahkan notis tuntutan (LOD) menerusi peguamnya pada Khamis.

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Tue, 11 Jul 2023
error: Content is protected !!