Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 10, 2024 @ 3:00pm

Tahniah! Raja Farah Selamat Bersalin Anak Keempat  

Pelakon dan pengacara, Raja Farah selamat melahirkan bayi keempat pada Ahad.

Berita gembira tersebut dikongsikan Raja Farah di Instagram (IG) dengan berkongsi foto mereka sekeluarga di hospital.

Kongsi pelakon filem Anak Halal itu, bayi perempuannya itu dilahirkan secara normal pada jam 1 petang semalam.

Dalam pada itu, Raja Farah turut memanjatkan rasa syukur dan memohon semua mendoakan urusan berpantang dipermudahkan.

“Syukur Alhamdulillah.

“Saya selamat melahirkan baby girl semalam (9 Jun) pada 1.05 petang secara normal delivery.

“Syukur Ya Allah, keluarga kami dah ber-6 sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan,” tulisnya gembira.

Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015.

Kini kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran empat cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Farah Mohon Doa Urusan Bersalin Anak Keempat Dipermudahkan – “Dah Tak Lama Dah”  

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Farah Nafi Merajuk, Rindu Nak Berlakon Semula… Kini Fokus Pada Kandungan Anak Keempat

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Aug 2025

Kmy Kmo ‘Tak Selera’ Dengar Lagu AI – “Emosi Lagu Tu Kosong Paling Sedih Bila…”

Kata Kmy, lagu itu sebagai karya yang lahir bukan dari jiwa.

Trending Mon, 17 Aug 2020
Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Yazit Ahmad Buntu Cari Duit Biaya Kos Pembedahan Anak

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad buntu untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan pembedahan jantung anak keudanya, Shahmirnuri. Kata Yazit, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuklah menjual dua kereta kepunyaanya dan anak sebagai langkah […]

Featured Fri, 5 May 2023
Fab Foodies! Sun, 19 May 2019

Grand Bazar Ramadan Raya 2019 Himpun 300 Gerai, Meriah Beb!

Jom ajak keluarga & kawan-kawan ke Grand Bazar Ramadan Raya 2019, macam-macam ada tau!

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Bang Bang! Giliran Caprice ‘Tegur’ PU Amin

Doa untuk mereka bukan dengan membuat andaian agama sebagai sebab mengapa ini berlaku. Harap PU faham. Salam dan semoga Allah merahmati…Terbaik Caprice!

error: Content is protected !!