Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 10, 2024 @ 7:13pm

“Akhirat Kelak Takkan Nak Jawab Bapa Tiri Rela Hati Bayar?” – Tak Culas Beri Nafkah, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Abai Yuran Sekolah Anak

Pelakon Fatin Afeefa memohon agar bekas suaminya, pelakon Adam Shahz untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.

Memetik laporan mStar, Fatin akui bahawa bekas suaminya itu tidak culas membayar nafkah untuk anak perempuan mereka namun mengabaikan keperluan tambahan lain.

“Adam tak culas bayar nafkah anak setakat ini cuma saya geram apabila dia enggan membayar yuran sekolah anak.

“Dia cuma beri RM100 untuk beli baju koperasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3,500.

“Memandangkan perkara ini sedang dalam perbicaraan (tuntutan nafkah) dia kata biar pihak mahkamah tentukan,” jelasnya kepada mStar selepas sebutan kes tuntutan nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini.

Malah, Fatin memaklumkan bahawa suaminya, Aliff Awang pula yang mengambil tanggungjawab sebagai bapa dan membayar segala perbelanjaan Ivy walaupun itu bukan tanggungjawabnya.

Namun begitu, Fatin memberitahu bahawa dia merasakan perkara itu tidak adil buat suaminya mengambil tanggungjawab tersebut walaupun suaminya itu menganggap Ivy seperti anaknya sendiri.

“Bagi saya tak adil perbelanjaan Ivy bapa tiri yang bayar semuanya. Walaupun suami tiada masalah sebab sayangkan Ivy tapi sebagai isteri saya rasa itu tidak adil.

“Akhirat kelak takkan nak jawab bapa tiri rela hati bayar perbelanjaan anak?,” katanya lagi.

Dalam pada itu, perbicaraan tersebut akan disambung semula pada 27 Ogos dan 2 September.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Tuntut Nafkah Anak, Adam Shahz Pula Tak Hadir Ke Mahkamah – “Kenapa Tak Datang? Above The Law Ke?”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 24 Sep 2023
Hiburan Sun, 27 Oct 2024

Rangkaian Televisyen Media Prima Rangkul 17 Trofi Anugerah Seri Angkasa 2024

Tahniah Rangkaian Televisyen Media Prima, rangkul 17 trofi Anugerah Seri Angkasa 2024

Trending Thu, 29 Aug 2019

Kyfa Nishka 3 Bulan Hidap Ketumbuhan Buah Pinggang Dan Kanser Otak, Sayu Hati Netizen..

Baru berusia 3 bulan namun betapa berat ujian yang ditanggung bayi comel ini…

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

“Kalau Saya Tiada, Dialah Pengganti” – Zizi Kirana Titip Pesanan Penuh Emosi Buat Adik

Zizi Kirana menitipkan pesanan penuh sebak buat adiknya, Nurul Nazielah

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
error: Content is protected !!