Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 5, 2018 @ 7:48am

Haqiem, Isu Murung Jangan Dibuat Main!

Isu murung tak boleh dibuat main! Itu pendapat penyanyi Aiman Tino terhadap rakan artis seangkatannya, Haqiem Rusli.

Penyanyi terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci ini menganggap isu kemurungan adalah satu hal yang serius dan tidak boleh dibuat main.

“ Kalau betul Haqiem alami masalah kemurungan, dia perlu mendapatkan pertolongan pakar selain nasihat daripada kedua ibu-bapanya,” katanya.

Aiman akui bukan mudah bergelar artis di zaman sekarang. Ya lah, zaman berteknologi ini, segalanya di hujung jari kan?

“ Isu itu terlalu serius. Walaupun dia cakap apa dilakukannya itu sekadar gimik tapi sudah tentu peminatnya akan berasa sedih.

“ Kalau betul dia ada masalah, dapatkan nasihat daripada ibu-bapa atau pertolongan daripada pihak yang betul,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam masa sama, Aiman mengaku dia juga pernah tertekan dengan komen negatif peminat namun menganggap perkara itu remeh.

“ Tak perlu fikir. Sampai hari ini pun saya masih terima kritikan.

“Memang pada mula saya ceburi bidang seni dan mendapat pelbagai kritikan dan kecaman, saya rasa tertekan. Sampaikan hari ini saya masih terima komen-komen negatif. Lihatlah daripada sudut positif sahaja dan yang negatif itu kita tak perlu fikir,” ujarnya. 

Terdahulu, penyanyi Haqiem Rusli memaklumkan dia berdepan masalah kemurungan sehingga memaksa dia untuk meninggalkan dunia seni namun keputusannya itu berubah selepas menerima sokongan ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Featured Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Sufian Suhaimi Tidak Kisah Digelar Raja Lagu Sedih

Penyanyi penuh kontroversi, Sufian Suhaimi sekali lagi mendapat perhatian media apabila beliau dilabel sebagai Raja Lagu Sedih. Namun, bagi penyanyi ini beliau sama sekali tidak kisah dilabel sebegitu asalkan lagu nyanyiannya diterima ramai

Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Sat, 8 Apr 2023
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

‘Kekuatan Saya Terletak Pada Lagu Macam Ini’- Andi Bernadee

Saya tak kisah apa orang nak cakap, saya tahu apa yang saya buat…

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Altimet Nafi Serang Malique?

Namun menurut Altimet atau nama sebenarnya, Ahmad Abdul Rahman beliau menafikan bahawa single terbarunya yang berjudul  Mambang ini ada kaitan dengan Malique

Hiburan Mon, 13 Oct 2025
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Overdose Dadah Punya Pasal, Demi Lovato Masuk Hospital!

Beliau berjaya disedarkan selepas dirawat dengan Narcan, iaitu sejenis alat semburan bagi merawat individu yang mengambil dadah berlebihan. Phew, nasib baik!

error: Content is protected !!