Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 11, 2024 @ 5:44pm

Kes Zayn Rayyan: Peguam Maklum Ibu Bapa Mangsa Boleh Dibebaskan Dengan Jaminan

Misteri kes kematian kanak-kanak autisme iaitu Zayn Rayyan masih belum menemui noktah sehingga hari ini.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, pihak polis perlu melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum tarikh akhir reman kedua ibu bapa Zayn Rayyan tamat esok.

Malah, kertas siasatan yang dilengkapkan itu perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bahagian pendakwaan untuk semakan sebelum arahan selanjutnya.

Justeru, peguam baharu yang mewakili ibu bapa mangsa, Fahmi Abd Moin menyatakan jika bahagian pendakwaan tidak berpuas hati dengan kertas siasatan terbabit, ia akan dipulangkan semula kepada penyiasat untuk siasatan seterusnya.

Kata Fahmi, suspek atau orang yang disyaki (OYDS) perlu dibebaskan dengan jaminan polis.

“Sekiranya pihak pendakwaan mendapati ada bukti kukuh untuk menuduh mana-mana suspek, suspek akan dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan.

“Pertuduhan boleh dilakukan pada hari sama reman OYDS tamat atau keesokannya bergantung kepada arahan AGC,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan bahawa sehingga kini beliau belum dapat berjumpa dengan anak guamnya dan tidak menerima apa-apa makluman daripada pegawai penyiasat.

Ujarnya, kali terakhir beliau berjumpa dengan ibu bapa Zayn adalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya ketika permohonan sambung reman ke atas pasangan itu pada Jumaat lalu.

“Kita ada memohon untuk bertemu anak guam tetapi tiada maklum balas daripada pegawai penyiasat mungkin mereka mahu ruang melakukan siasatan, jadi kita faham,” katanya.

Bukan itu sahaja, Fahmi juga tidak menafikan bahawa kedua-dua keluarga pasangan itu turut berada dalam keadaan tertekan tetapi menyerahkan segalanya kepada siasatan polis.

“Tipu kalau kita kata tidak tertekan, mana ada keluarga yang tidak tertekan jika anak dan menantu mereka ditahan. Mereka sentiasa menanti siasatan yang dilakukan polis,” kongsinya.

Semalam, ibu mangsa di bawa ke kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai bagi proses lakonan semula di tempat kejadian mangsa ditemui mati.

Artikel Berkaitan: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Keterangan Tak Selari Antara Punca Reman Ibu Bapa Disambung 6 Hari Lagi

Artikel Berkaitan: Kes Zayn Rayyan Kian Terungkai: “Hasil Dapatan & Risikan Selama 6 Bulan Menyimpulkan Pembabitan…”

Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Dalam Keadaan Tertekan, Menangis… Ulang Kali Tegaskan Pembunuh Masih Di Luar

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 May 2026

Azar Azmi Sebak Kembali Ke Set Penggambaran – “Saya Gemuruh & Takut”

Azar Azmi dilihat teruja selain mengakui gemuruh untuk kembali beraksi dikaca tv.

Trending Mon, 3 Feb 2020

Sajat Mengaku LELAKI Ketika Daftar Umrah?

Haih! Macam-macam hal lah

Featured Sat, 31 May 2025
Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Zaman Kanak-Kanak Tak Seindah Orang Lain… Zainal Abidin Tak Merasa Dibesarkan Oleh Ibu Bapa Sendiri Gara-Gara Hidup Miskin

Sedihnya kisah hidup Datuk…kecil-kecil lagi dah kena kerja macam-macam untuk cari rezeki…

Featured Tue, 24 May 2022

“Benda Itu Terlalu Murah…” – Meerqeen Tolak Gimik Untuk Promosi Drama

Betul cakap Meerqeen, penonton nak tengok drama bukan nak tengok gimik…

Hiburan Thu, 7 Aug 2025
Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

Featured Sun, 1 Oct 2023
Featured Tue, 28 Feb 2023

“Jujurnya Saya Takut” – Disangkakan Sakit Gastrik, Zulin Aziz Terpaksa Menjalani Pembedahan Segera

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zulin dan diberi kesembuhan segera

error: Content is protected !!