Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 11, 2024 @ 4:57pm

Terkejut Fatima Dah Pandai Solat Sendiri, Fazura Akui Terharu – “Lama Fikir Nak Share Ke Tak… Tapi Dia Masih Kecil”

Pelakon jelita Fazura meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila melihat anak sulungnya, Nur Fatima Aisya sudah pandai solat sendiri.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fazura menerusi sebuah hantaran di Instagram milik Fatima, sebentar tadi.

Menurut Fazura, pada awalnya dia kurang senang untuk berkongsi perkara itu kepada umum.

Namun, dia nekad untuk berkongsi memandangkan usia Fatima masih kecil bahkan tersentuh dengan kecomelan anak kesayangannya itu.

“Lama berfikir nak share ke tak. Sebolehnya bab ni tak berapa berkenan nak share pada umum. Tapi dia masih kecil, maybe takpe la kan?

“Kisah nya, tercari-cari dia kat mana. Helper Faz cakap dia naik atas bilik dia dengan helper Faz yang jaga dia. Tengok kat camera rupanya dia tengah solat.. #masyaAllahTabarakAllah Faz rasa ni cuteee sangat not to share. Minta maaf ya..

“Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang solehah atau soleh, mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dunia akhirat mudah-mudahan.. aminn,” tulisnya.

Kagum dengan telatah si kecil itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Malah, ada sesetengah netizen memuji kebijaksanaan Fazura dan suaminya, Fattah Amin yang berjaya mendidik Fatima tentang perihal agama dengan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Jun 2021

Tidak Mahu ‘Selfish’, Batalkan Shooting Pretty Little Liars 2, Eyka Farhana Akui Kecewa

Alaaaa… takpe, bukan rezeki insyaAllah more rezeki lagi untuk Eyka

Hiburan Thu, 19 Jun 2025
Hiburan Tue, 21 Nov 2023

“Tahniah Aina Abdul! Bukti Kesungguhan & Kerja Keras” – Siti Nurhaliza

Wahhhh, mesti Aina bangga kan! Tahniah Aina, memang gempak konsert ANWAA 3.0!

Trending Fri, 15 Jun 2018
Trending Wed, 11 Jul 2018
Hiburan Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Sun, 29 May 2022
Kisah Viral Wed, 20 Dec 2023

Berang Dihalang Masuk Kondominium, Pemuzik Ditahan Akibat Patahkan Pagar Automatik… Rupanya Ada Tunggakan RM6,448

Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 22 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Featured Sat, 28 Feb 2026

Gabung Elemen Klasik & Moden Ernie, Syamel ‘Lari’ Ke Hong Kong Demi Lagu Raya Penuh Nostalgia

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel kembali bergandingan menerusi single raya terbaharu berjudul, Suasana Raya.

error: Content is protected !!