Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2024 @ 8:06pm

“Restoran Nasi Ayam Buka Seperti Biasa, Tapi Kawan Mengadu Kedai Tutup” – Shiha Zikir Berdepan Dengan Gangguan ‘Halus’

Penyanyi Shiha Zikir, 36, mendedahkan restoran nasi ayam miliknya, Shiha Zikir Nasi Ayam yang beroperasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur pernah diganggu dengan perkara ‘halus’.

Menurut Shiha, dia menerima banyak aduan kenalan yang sudah sampai di hadapan premis perniagaan miliknya namun tidak singgah ke sana kerana mendakwa restoran terbabit tutup.

“Sepanjang lebih setahun beroperasi, saya selalu dapat ‘call’ (panggilan) dari beberapa kenalan yang bertanya restoran nasi ayam saya dibuka pada hari apa? Ada yang dah sampai di hadapan restoran tapi nampak kedai saya tutup.

“Saya terus bertanya kepada pekerja restoran betul ke kedai nasi ayam tutup dan mereka beritahu restoran buka macam biasa kerana kami beroperasi setiap hari. Saya sendiri hilang kata-kata, tapi saya maklumkan yang kedai kami tak pernah tutup.

“Ketika saya dapat tahu perkara itu, awalnya saya tak percaya, namun bila sudah beberapa kenalan yang beritahu perkara yang sama, saya mula memahami situasi yang terjadi.

“Saya juga ada ahli keluarga yang buka perniagaan berasakan makanan, mereka turut beritahu ada gangguan seperti itu. Saya hanya mampu berserah kepada Allah,” katanya.

Shiha ditemui XTRA pada majlis pelancaran cawangan kedua restoran nasi ayamnya di Seksyen 7, Shah Alam, sebentar tadi.

Tambah Shiha, dia mendapatkan nasihat ustaz mengenai perkara terbabit dan meminta doa yang sesuai untuk diamalkan.

“Saya hanya berdoa banyak-banyak semoga Allah SWT permudahkan semuanya. Selain itu, saya ada bertanyakan ustaz mengenai situasi yang terjadi. Saya minta doa yang boleh diamalkan untuk melindungi saya dari gangguan halus seperti itu.

“Saya hanya mahu berniaga dengan baik dan bersaing dengan sihat. Saya berharap perniagaan nasi ayam yang saya jalankan baik-baik sahaja,” katanya.

Mengulas mengenai pembukaan cawangan baharu di Seksyen 7, Shah Alam, Shiha bakal mengadakan promosi untuk pelajar yang berada di sana.

“Memandangkan Shah Alam merupakan tempat yang sinonim dengan pelajar universiti, saya akan mengadakan promosi sesuai yang berpatutan untuk mereka. Saya bersyukur dengan sambutan positif yang diberikan.

“Saya berharap cawangan kedua mendapat maklum balas positif orang ramai dan insya-Allah, saya juga merancang untuk membuka cawangan seterusnya, kemungkinan di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Sep 2021

Saya Pernah Berkata Kepada Tuhan, ‘Bawalah Saya Pulang’- Ras Adiba Dedah Detik Sukar Bergelar OKU

Senator Datuk Ras Adiba Radzi cukup dikenali sebagai figura terkemuka dalam bidang penyiaran dan kini, beliau merupakan Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU). Sejak disahkan lumpuh separuh badan pada tahun 2002, bekas personaliti […]

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

FARID KAMIL DEDAH TIGA RAKAN ARTIS TERLIBAT KES DADAH BELIAU?

Farid turut memberitahu beliau bukan sahaja diberikan minuman yang mengandungi bahan terlarang tersebut, malah turut diberikan rokok yang bersalut sejenis cecair

Featured Tue, 19 Nov 2024
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

IS CL FINALLY A HOLLYWOOD ACTRESS?!

CL has been working on her debut in America for quite some time now. Is this her big Hollywood break?!

Hiburan Wed, 27 Aug 2025

“Usahakan Jadi Perempuan Ceria, Penuh Rasa Syukur & Tanpa Dendam” – Umisya Mazlan Kongsi ‘Quotes’ Bermakna

Umisya Mazlan, madu kepada Marissa Dania mahu jadi perempuan ceria tanpa dendam

Featured Mon, 30 Jun 2025
Featured Thu, 14 Dec 2023
error: Content is protected !!