Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 18, 2024 @ 11:15am

“Kalau Tak, Tak Rasa Aidil Adha Sebenar” – Rela Basah Kuyup, Adam Shahz Bagi ‘Raincoat’ Pada Keluarga Naik Motosikal Dalam Hujan Lebat

Pelakon Adam Shahz berkongsi berdepan dengan satu situasi yang menjentik jiwanya mengenai pengorbanan.

Menerusi muat naiknya di Instagram Stories (IGS), Adam memberitahu bahawa dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Melaka dengan menunggang motosikal.

Namun, semasa dalam perjalanan dia terserempak dengan pasangan suami isteri bersama seorang anak perempuan yang hanya ditutup dengan tuala ketika menunggang motosikal dalam keadaan hujan lebat.

“Today otw balik dari Melaka ke KL hujan lebat. Terserempak dgn 1 NVX,
suami isteri and seorang anak perempuan. Ayah berbaju melayu, ibu pakai jaket. Anak hanya tutup dgn tuala,” kongsinya.

Susulan itu, dia bertindak memberikan baju hujan yang diterimanya sebagai hadiah kepada keluarga itu.

Oleh itu, Adam berkata pengalaman tersebut dianggap sebagai salah satu kemanisan pengorbanan yang kebetulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha pada Isnin.

“Aku tahan, and bagi baju hujan aku. Terima kasih pada abg Jibril Bikerz Garaj hadiahkan raincoat ni dulu. Kalau tidak, tak merasa aku nak merasai AIDILADHA yg sebenar. Kebetulan hari ini umat ISLAM merayakan AIDILADHA,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adam memaklumkan dia selamat sampai ke rumahnya dengan selamat walaupun dalam keadaan basah kuyup.

Tidak lupa, dia turut mendoakan kesejahteraan keluarga yang dibantunya itu.

“Alhamdulillah, sudah sampai rumah walaupun KUYUP. Semoga keluarga tadi selamat sampai, dan mudah-mudahan ananya akan menjadi kebanggaan IBU AYAH bila besar nanti. Aamin,” tulisnya.

Adam Shahz

Artikel Berkaitan: Adam Shahz Maklum Fatin Afeefa Minta Nafkah Anak Dinaikkan 6 Kali Ganda – “Sekarang Masih Dalam Proses Mahkamah”

Artikel Berkaitan: Tiada Halangan Bertemu Anak, Adam Shahz Lega

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Feb 2024
Featured Tue, 16 Jul 2024

“Bukan Suka-Suka Saya Buka” – Shima ‘Teringin’ Perjelas Alami Migrain Teruk Punca Tanggal Tudung

“Saya tak ambil peduli pun dengan kecaman. Nak kecam, kecamlah. Saya bukan budak lagi. Saya tak makan dek kecaman, tak berkudis pun,” – Shima

Trending Wed, 5 Aug 2020
Featured Fri, 30 Sep 2022

“Gedik & Terkinja-Kinja Bukan ‘Tiket’ Dilabel Gay” – Syafiq Naser

Kudos Syafiq! Love betholll tengok watak Ami Amiro tu. Yih!💖💖💖

Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Muna Shahirah Kongsi Pengalaman Ditinggal Kekasih Dalam Suratan Luka

Besar harapan saya agar Suratan Luka dapat dimainkan di corong radio seterusnya diterima baik oleh pendengar.

Trending Tue, 2 Oct 2018

Malaysian Woman Shares Her First Experience of Brazilian Waxing

“The pain of Brazilian waxing is mostly psychological…”

error: Content is protected !!