Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 20, 2024 @ 11:34am

Netizen Berdebat Isu Puasa Pada Aidil Adha, Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan… Mohon Maaf Secara Terbuka

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, tampil memohon maaf mengenai kenyataannya yang didakwa mengelirukan terhadap pertanyaan pendengar di sebuah stesen radio tentang boleh atau tidak berpuasa pada hari Tasyrik.

Menerusi perkongsian di Instagram, Don Daniyal mengaku khilaf atas tindakannya memberikan jawapan mengelirukan kepada pendengar tersebut.

Katanya, pada Hari Raya Aidiladha tidak dibolehkan berpuasa dan pada Hari Tasyrik juga, termasuklah pada Hari Raya Kedua, ketiga dan keempat iaitu pada hari 11,12 dan 13 (Zulhijjah).

“Assalamualaikum WBT kepada semua. Saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua.

“Minta maaf banyak-banyak, semoga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua. Minta maaf semua.

“Okey jawapan yang betul pada Hari Raya Aidiladha tak boleh puasa dan pada Hari Tasyrik juga, termasuk sekali Hari Raya Kedua, ketiga dan keempat iaitu pada hari 11,12 dan 13 (Zulhijjah) okay” ulasnya.

 

Dalam hantaran berlainan, Don Daniyal turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru dan orang ramai atas segala teguran dan peringatan buat dirinya sekaligus memohon maaf atas segala khilaf yang dilakukannya.

“Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan orang ramai di atas segala teguran dan peringatan baut diri saya.

“Saya amat menghargainya dan memohon maaf atas segala kekhilafan,” katanya.

Terdahulu, jawapan yang diberikan Ustaz Don mengenai amalan berpuasa sunat pada Hari Raya Aidiladha telah meraih perhatian dan mengundang kecaman di aplikasi X sehingga beberapa pihak mendakwa kenyataan mengelirukan dari Ustaz Don itu boleh mengundang masalah kepada orang ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Ini Pesan Terakhir Bob Lokman

Sebelum ini, Bob pernah di tahan di UiTM Private Speialist Centre, Sungai Buloh akibat mengalami masalah paru-paru berair dan jantung bengkak pada awal Januari lalu

Featured Fri, 10 May 2019

Halima Aden cipta sejarah sebagai model Muslim pertama yang memakai burkini untuk majalah Sports Illustrated

Sebelum ini, isu ‘Swimsuit” majalah ini hanya menampilkan wanita dalam baju renang yang seksi!

Hiburan Sun, 9 Sep 2018

Selami Kehidupan Asnaf Dalam Akil Dan Juan

Shukri Yahaya turut mengundang rakan-rakan pelakon Zarina Zainuddin dan Syazwan Zulkifli untuk sama-sama meringankan beban golongan asnaf. Jangan lupa terus tonton di TV3 pada 15 September ini ok!

Contest Wed, 2 Oct 2019

xtra好康头 | 送你「云顶星光嘉年华」入门票

xtra好康头 送你「云顶星光嘉年华」入门票,让你在星光下的欢乐时光,度过最美丽的周末。

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Justin Bieber Kahwin Lagi?

Pasangan ini telah menjemput seluruh ahli keluarga, rakan-rakan terdekat untuk menjadi saksi majlis penyatuan dua sejoli ini.

Featured Tue, 1 Jul 2025
Featured Tue, 28 Oct 2025
error: Content is protected !!