Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 19, 2024 @ 8:34pm

“Tak Boleh Nak Bandingkan Dengan Orang Lain” – Nabila Razali Banyak Korbankan Masa

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menyifatkan masa merupakan perkara yang banyak dikorbankan sepanjang bergelar anak seni.

Menyahut semangat korban bersempena Hari Raya Aidiladha, Nabila tidak mahu membandingkan situasi yang telah dialami olehnya dengan orang lain.

“Jika saya hendak cakap pasal pengorbanan, memang banyak. Bukan selepas berkahwin sahaja, ketika zaman solo pun sama, lebih-lebih lagi apabila kita melibatkan diri dalam dunia seni.

“Ketika zaman solo, saya banyak korbankan masa dengan keluarga kerana tuntunan kerja. Selepas berkahwin, lain pula bentuk pengorbanannya. Saya korbankan masa bekerja untuk mencari masa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Banyak juga pengorbanan yang saya sudah lakukan.

“Tapi, saya tak boleh nak bandingkan pengorbanan yang saya lakukan dengan orang lain. Setiap orang pengorbanan mereka berbeza dan apa yang saya lakukan ini adalah mengikut kemampuan diri,” katanya.

Nabila ditemui XTRA pada sidang media pelancaran drama Bawah Payung Awan di Lumi Tropicana Damansara, baru-baru ini.

Bercerita mengenai wataknya dalam Bawah Payung Awan, Nabila menjayakan watak Widad dalam drama bersiri adaptasi novel tulisan Liza Nur ini.

“Naskhah ini berbeza berbanding karya yang pernah saya jayakan sebelum ini. Saya memegang watak Widad, anak seorang pelacur, berusaha keras untuk mencari jalan keluar dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Widad mempunyai dua sahabat baik yang turut ada masalah tersendiri iaitu Soleiman (Ben Amir) dan Hanan (Nelissa Nizam). Saya berharap drama yang bersiaran di Viu ini mendapat sambutan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabila juga menyanyikan lagu tema bagi drama bersiri ini. Menerusi karya berjudul Tangis, Nabila kembali mengalunkan lagu balada dan bekerjasama dengan Naim Daniel selaku komposer.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 May 2025
Featured Mon, 4 May 2026
Featured Tue, 3 Dec 2024

Top 100 Calpis Soda OIAM Diumumkan, 12 Peserta Bakal Rebut Hadiah Bernilai RM1 Juta

100 peserta yang bertuah itu diperkenalkan sekaligus layak merebut tempat ke top 12 CSOIAM yang bakal berlangsung 22 Disember nanti.

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

T.O.P Being Investigated For Breaking Law As Public Service Worker

Big Bang’s T.O.P is currently under investigation again!

Hiburan Sun, 7 May 2023
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

「肥妈」携手众好友6月云星剧场爆笑登场

「肥妈」6月携手好友李丽霞、黎耀祥及阮兆祥登云星剧场,准备为大马观众带来一个欢乐爆笑的夜晚。

Hiburan Wed, 23 Apr 2025
error: Content is protected !!