Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 20, 2024 @ 5:56pm

Isu Pendakwah Sebar Hadis Palsu, PU Abu Mohon Henti Pertahan Kebatilan – “Bila Agamawan Terpalit Isu ‘Personal’ Sampai Mati Di Boikot”

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai seorang pendakwah bebas didakwa menyampaikan hadis-hadis palsu kepada orang ramai.

Susulan itu, hantaran yang di muat naik oleh Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan mencuri perhatian warganet.

Tulisnya, seseorang yang mempunyai latar belakang agama membuat kesalahan dari segi sebar hadis palsu, kisah-kisah karut dan menyanyi di khalayak ramai tetap akan di pertahankan dan dijulang.

Manakala, jika seseorang yang berlatar belakangkan agama terpalit dengan isu peribadi pula akan diboikot dan diberi pelbagai gelaran.

Hantarannya itu seolah-olah memberi bayangan mengenai situasi yang pernah dialami oleh dirinya.

“Dunia hari ini kita kena terima hakikat sekiranya seseorang berlatar belakang agama membuat kesalahan dari sudut pandang agama seperti menyebarkan hadith palsu, menyampaikan kisah-kisah karut, menyanyi di khalayak ramai dan seumpanya orang itu tetap di angkat, dijulang, dan pertahankan.

“Tetapi sekiranya seseorang berlatar belakang agama terpalit isu ‘personal’ sampai matilah orang itu akan diboikot. Malah digelar pula ustaz kontroversi,” ujarnya.

Oleh itu, PU Abu memohon orang ramai untuk berhenti mempertahankan kebatilan sebaliknya menegakkan kebenaran dan bertaqwa kepada Allah SWT.

“Berhentilah mempertahankan kebatilan sekiranya kita menyayangi Allah dan Rasulullah. Rasulullah itu diutus untuk menegakkan kebenaran tetapi hari ini kita mempertahankan kebatilan.

“Bertaqwalah kepada Allah. Moga Allah ampunkan kita semua,” katanya lagi.

PU Abu

Artikel Berkaitan: “Ibarat Tak Boleh Buat Dosa & Kena Maksum” – PU Abu Mengaku Bukan Ustaz

Artikel Berkaitan: PU Abu Beri Bayangan Rumah Tangga Dengan 2 Isteri Bergolak?

Artikel Berkaitan: PU Abu Umum Mahu Berpisah Oktober Lalu, Hana Azraa Pula Beri ‘Hint’ Hamil Anak Kedua?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 May 2023

“Setengah Orang Bila Travel Every Corner Nak Ambil Gambar Ke?” – Mood Killer! Tiz Zaqyah Luah Rasa Berang

“Paling semak bila dia fikir gambar dia je kena lawa” – Tiz Zaqyah 😌

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Patutlah Cantik, Tya Ariffin Kongsi Rahsia!

Perempuan berusia 16 tahun ke atas boleh mengamalkan produk jamu MuTyara, bukan untuk orang tua saja ya. Bagi wanita berkahwin, minumlah jamu untuk menghargai diri dan orang tersayang. Ia penting untuk penjagaan dalaman.

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Hilang Upaya Kawal Otot, Kesihatan Celine Dion Makin Merosot

Semoga Celine Dion cepat sihat! Nanti boleh beraksi di pentas semula…

Featured Tue, 20 Jun 2023
Featured Sat, 27 Sep 2025

“Masa Dia Buat Rawatan Lutut Tu, Serangan Jantung Datang” – Ameng Perjelas Situasi A Aida

Mengulas lanjut, Ameng juga berkongsi terdapat darah beku di jantung dan paru-paru Aida.

Trending Mon, 8 Jul 2019

Kes Pelajar UPNM Didera, Diseterika Dan Dibunuh Bakal Diketahui 31 Julai Ini

Keadilan buat Zulfarhan Osman bakal diketahui 31 Julai ini

error: Content is protected !!