Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2024 @ 1:46pm

Tak Goyang Kaki, Opai Sibuk Urus Pelbagai Bisnes… Fatin Afeefa Bangga Suami Dah Setahun Tinggalkan Dunia Forex

Pelakon, Fatin Afeefa meluahkan rasa bangga dan bersyukur apabila suaminya, Aliff Awang sudah setahun meninggalkan aktiviti pelaburan mata wang asing (forex).

Memetik lapotan mStar, Fatin berkata sepanjang tempoh tersebut suaminya sibuk menjalankan beberapa jenis perniagaan lain demi mendapatkan pendapatan halal.

“Sebagai isteri, saya bangga dengan suami sebab dia ada usaha dan ini yang saya mahukan.

“Dia tahu dia ada tanggungjawab perlu dipikul dan berusaha buat bisnes untuk cari pendapatan daripada hanya mengeluh tiada pekerjaan atau reda dengan situasi,” ujarnya.

Sementara itu, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata suaminya sedang sibuk melakukan kajian dan pembangunan (R&D) produk minyak wangi sebelum melancarkannya di pasaran.

“Sejak enam bulan lalu setiap hari dia dekat pejabat cuba menghasilkan minyak wangi baru daripada ‘inspired perfume’.

“Sampai sekarang masih dalam peringkat R&D sebab dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Jadi selagi tak sempurna dia tak akan menjualnya,” katanya lagi.

Selain minyak wangi, suami aktres filem popular Tentang Bulan itu juga mempunyai beberapa bisnes lain yang tidak didedahkan kepada umum.

Sebelum ini, Aliff atau lebih mesra disapa Opai dalam satu video memberitahu dia sudah lama meninggalkan aktiviti yang dianggap b*doh itu.

Artikel Berkaitan: Anggap Perkara B*doh, Suami Fatin Afeefa Dah Setahun Tinggalkan Dunia Forex? – “Elok Je Boleh Hidup”

Artikel Berkaitan: Hormat Permintaan Suami… Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Fatin Afeefa Tak Ralat Tinggalkan Industri Seni

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Apr 2026

Aisha Retno Impi Berlakon, Bakal Hadiri Sesi Ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical – “Saya Tak Nak Lepaskan Peluang”

Aisha Retno tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) yang bakal dipentaskan pada Oktober ini.

Hiburan Sat, 18 May 2019

Mampu Makan Buffet, Jangan Meroyan Pasal Ekonomi…

Di mana nilai kesederhanaan? Maya tak faham…

Events Sat, 2 Nov 2019

SYOKSYOK RIUH Invites You to Appreciate Arts and Cultures This Weekend!

Celebrate life with friends, family and food with plenty of festive flavours.

Hiburan Fri, 24 Jan 2020
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Sun, 9 Jul 2023
Featured Mon, 27 Sep 2021

Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Pertengahan Oktober Ini

Kebenaran rentas negeri dijangka bakal dilaksanakan pada pertengahan Oktober ini. Kenyataan itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media akhbarnya sebentar tadi. “Jadi saudara bolehlah merayau atau pergi mana-mana […]

Events Thu, 28 Mar 2019

Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Sama-cantik sama padan kan? kalau tak caye, tengok lah sendiri.

error: Content is protected !!