Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 21, 2024 @ 10:50am

Dilabel Tak Sensitif Isu Ustaz Direhatkan, Nabil Ahmad Tampil Mohon Maaf – “Saya Akan Cuba Lebih Berhati-Hati”

Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad tampil memohon maaf selepas menerima kecaman akibat keterlanjuran kata-katanya ketika mengacarakan sebuah program hiburan popular baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, Nabil kelihatan menyentuh isu mengenai kontroversi yang melanda pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang direhatkan sebelum ini akibat kenyataannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Sedar dengan khilaf diri, Nabil menerusi hantaran di Instagram memohon maaf kepada semua pihak andai kata-katanya itu mengundang rasa tidak selesa mana-mana individu.

“Assalamualaikum, Saya Nabil Ahmad… dibulan yang suci dan mulia ini, saya ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia juga berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang sekaligus memohon maaf sekali lagi di atas keterlanjuran kata-katanya itu.

“Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati dimasa akan datang. Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Tiket ‘Licin’, 911 Gegarkan Quill Convention Center Sabtu Ini!

Kumpulan vokal popular dari United Kingdom, 911 mengakui teruja tiket konsert 911 The Reunion akan berlangsung pada 22 Jun ini di Quill Convention Center, Kuala Lumpur, habis terjual sejak tiga hari lalu.

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

尤雅自封「Lady Yaya」与歌迷一起忆往事

歌坛「第一玉女」尤雅一年访马两次!现年60多岁的她自嘲魅力不输女神卡卡,还自封「Lady Yaya」。

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Shila Amzah

Gambar yang dimuatnaik menerusi laman Twitter anhevents, majlis itu dilaporkan berlangsung pada hari ini. Alhamdulillah, Tahniah Shila dan bakal suami!

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

‘Nasib Tak Berapa Baik…’- Siti Sarah Mahu Beraksi Di AJL Tahun Depan

Chaiyok Sarah! We all akan selalu support awak tau.

Featured Sat, 6 Sep 2025

Spekulasi Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo Semakin Panas! Kad Kahwin ‘M & N’ Bertarikh 080925 Cetus Persoalan

video yang dikongsikan @sampin.exclusive memperlihatkan Mickey segak memakai baju Melayu berona putih.

Trending Thu, 26 Nov 2020
error: Content is protected !!