Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida July 6, 2018 @ 1:28am

Had Umur Mengundi Wajar Turun – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan had umur layak mengundi di negara ini wajar diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sekarang

“ Saya sasarkan ia mampu dibuat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

“ Namun terlebih dahulu kita perlu ada program pendedahan politik kepada golongan muda,” katanya.

Syed Saddiq berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengenai bagaimana pendedahan berhubung proses demokrasi boleh diterapkan di peringkat sekolah.

Beliau berkata Malaysia harus memberi pendedahan berkaitan politik kepada pelajar di peringkat menengah atas seperti yang dilakukan di beberapa negara lain.

“ Di negara-negara berkenaan, umur 17 atau 18 tahun sudah layak mengundi dan ia sudah mulakan sejak 1960-an lagi. Jadi kenapa di Malaysia (ada yang) berpendapat anak muda tak tahu (apa) dan melabelkan mereka ini golongan ‘WeChat’ sahaja,” katanya.

Menurutnya, program Parlimen Belia merupakan antara contoh pendedahan politik yang boleh dimanfaatkan golongan muda dan usaha seumpama itu perlu diperkasakan dengan penglibatan lebih ramai remaja.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata usaha akan dibuat bagi menentukan umur maksimum bagi menganggotai persatuan belia dihadkan sehingga usia 35 tahun sahaja. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 May 2022
Hiburan Thu, 8 Sep 2022

“Cinta Kami Masih Utuh!” – Azri Iskandar, Azra Diera Kahwin Cuti Sekolah Hujung Tahun

Siapa yang kata hubungan mereka goyah ni? Semoga dipermudahkan urusan berkahwin nanti..

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Remy Ishak Akui Penonton Malaysia Suka Filem Santai Bukan ‘Berat’

Remy percaya satu hari nanti filem ‘berat’ bakal diterima di masa hadapan dan penonton melihat cerita tersebut dengan lebih santai.

Featured Sat, 3 Sep 2022
Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Thu, 12 Jul 2018

#tontonKOPI : Skandal Di Pejabat? Sila Elak!

Pesan Zara, cabaran di pejabat memang akan ada. Walaupun Zara tiada pengalaman bekerja di pejabat, hal ini juga berlaku di mana-mana termasuk dalam industri hiburan. Berhati-hati…kalau boleh elak

error: Content is protected !!