Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 21, 2024 @ 4:38pm

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Baim Wong Kunci Mulut – “Doakan Saja Yang Terbaik Untuk Kami”

Pelakon Indonesia terkenal, Baim Wong mengunci mulut berkenaan desas desus rumah tangganya bersama isteri, Paula Verhoeven sedang bergolak.

Dakwaan tersebut mula tercetus selepas Baim dan isteri disyaki sudah tidak tinggal sebumbung.

Dalam pada itu, menurut laporan portal Indonesia Popbela, hubungan Baim dan Paula dikatakan berantakan selepas mereka tidak saling berkongsi foto bersama di media sosial.

Baim Wong

Malah, isterinya itu juga tidak kelihatan semasa majlis ulang tahun bapa aktor berkenaan pada Jun baru-baru ini.

Sementara itu, menerusi video dimuat naik di aplikasi YouTube miliknya, Baim memohon maaf kepada wartawan kerana tidak dapat memberikan kenyataan berhubung konflik rumah tangganya itu.

“Buat wartawan saya tak boleh beri kenyataan buat masa ini. Saya mohon maaf, tetapi doakan yang terbaik untuk kami,” tuturnya.

Sekadar info, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3, dan Kenzo, 2 tahun.

Artikel Berkaitan: Hanya Jalani Uji Bakat Sehari, Baim Wong ‘Lock’ Anna Jobling Jadi Pelakon Filem Lembayung! – “Dia Sangat Bagus”

Artikel Berkaitan: Susulan Kes Lesti Kejora & Rizky Billar, Kini Baim Wong & Isteri Pula Disiasat Polis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2020

Sufian Suhaimi Cari Calon Kekasih Melalui Tinder ?

Hampir dua tahun episod putus tunangnya berlalu, nampaknya Sufian Suhaimi masih solo dan tidak menemui pengganti lagi meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita cantik. Mungkin tidak tahan asyik ditanya mengenai soal jodoh, Sufian nampaknya ingin mencuba […]

Featured Fri, 28 Nov 2025

“Another Daughter To Be Proud Of” – Ibu Amira Othman Luah Rasa Bangga, Kongsi Momen Manis Hari Konvokesyen Anak

Nora Arshad meluahkan rasa syukur serta berbangga di atas pencapaian anaknya

Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Contest Sun, 18 Aug 2019

Peminat #ICSYVMY Cepat Hantarkan Jawapan Korang Sekarang!

Last Call! Ini mungkin peluang terakhir korang untuk menang RM2K!

Featured Tue, 9 Jul 2024
error: Content is protected !!