Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 16, 2020 @ 7:46pm

“Anda Pun Tahu Segala Haru Biru Selepas Persembahan Saya…” – Aishah Menangis Bila ‘Aku Bidadari Syurgamu’ Mara Ke AJL35

Penyanyi Aishah mengakui dia sebak sehingga mengalirkan tangisan apabila lagu nyanyiannya semasa Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35), Aku Bidadari Syurgamu berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Kata Aishah yang menggantikan penyanyi asal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia bakal menggalas tanggungjawab berat untuk menyampaikan lagu terbabit di AJL35 selepas persembahannya di SFMM35 menerima kritikan wargamaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Senarai Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35

“Malam ini gugur lagi air mata saya, gembira untuk komposer, Ippo Hafiz dan penulis lirik, Siti Rosmizah Semail yang mencipta lagu Aku Bidadari Syurgamu. Air mata ini juga mengenangkan sama ada adakah pisang akan berbuah dua kali?

“Berat, Allah SWT sahaja yang tahu tapi saya yakin doa orang teraniaya tiada hijabnya, hanya dia yang tahu segalanya. Tahniah komposer dan penulis lirik, karya Aku Bidadari Syurgamu mara ke AJL35,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: SFMM35: “Air Mata Ni Tak Henti Dari Semalam” – Ganti Siti Nurhaliza, Aishah Kesal Terima Komen Berunsur Hinaan

Pelantun lagu Janji Manismu ini meluahkan rasa hatinya menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

Tambah Aishah, dia juga sering menangis apabila mendengar lagu Aku Bidadari Syurgamu itu kerana teringatkan tanggungjawab yang digalas sebagai seorang isteri.

“Banyak makan air mata saya dengan lagu ni. Mula-mula dengar lagu ni, memang banyak kali air mata jatuh terutamnya bahagian ‘Seandainya aku yang pergi dulu…’

“Saya selalu cakap benda yang sama kepada abang (suami). Kenapa saya kata begitu kerana seorang isteri yang pergi dulu dalam keredaan, doa dan keampunan suaminya sangat mudah jalannya ke syurga.

“Anda pun tahulah segala haru biru selepas persembahan saya dalam lagu ini yang membuatkan lebih banyak air mata saya yang jatuh ke bumi. Air mata yang jatuh tak bererti lemah, sekadar mengingatkan kita yang kita hanya manusia yang ada hati dan perasaan,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin kesal dengan tindakan segelintir netizen yang memberikan komen berunsur hinaan selepas menggantikan Siti menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di SFMM35.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 31 Dec 2022

Sewa Kereta Mewah Untuk Sehari, Madammu Mengidam Naik Ferrari

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang kini sedang hamil mengidam untuk menaiki kereta mewah jenama Ferrari. @eriyca.baiduri Sanggup TP Sewa Ferraro sehari semata mata Madammu mengidam! Mengada! #noirsyukur2022 ♬ original sound […]

Hiburan Mon, 14 Jul 2025
Featured Tue, 6 Sep 2022

“Tiada Pihak Ketiga..” – Nad Zainal Perjelas Isu Video Tular

Tu dia, Tuan badan dah tampil jelaskan. Siapa yang cakap Nad cerai sebab pihak ketiga tu? 😌 Jangan buat spekulasi ok gaisss 🤪

Hiburan Fri, 19 Sep 2025
Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Inteam Bakal Gegar Axiata Arena Dengan Konsert 25 Tahun Nur Kasih

Inteam bakal mencipta sejarah tersendiri dengan konsert mega 25 Tahun Inteam Nur Kasih di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Februari 2026.

Trending Wed, 16 Feb 2022

“Sisi Gelap Sebelum Kahwin… Jalin Hubungan Dengan Gambit Saifullah” – Ini Reaksi Isteri Bila Aaron Aziz Bawa Watak Lelaki Songsang

Pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui isterinya, Datin Diyana Halik teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan lakonannya dalam drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa yang kini bersiaran di slot Samarinda TV3. Menerusi karya adaptasi novel Imamku Lelaki […]

error: Content is protected !!