Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 24, 2024 @ 6:02pm

Video Content ‘Dekat Dengan Fatin’ Jadi Kritikan, Pempengaruh Ini Tampil Perjelas – “Niat Saya Nak Sampaikan Mesej…”

Pempengaruh terkenal, Fatin Nabila tampil memberi penjelasan berhubung video nasihatnya meminta penonton dekat dengannya ketika dia memberi motivasi.

Menerusi video di TikTok, Fatin memohon maaf kepada orang ramai yang mengkritik caranya meminta penonton video itu untuk dekat kepadanya.

Fatin mengakui cara tersebut tidak sesuai bagi seorang wanita Muslim meskipun dia hanya cuba untuk menyampaikan mesej kepada orang luar.

“Dengan izin Allah, saya nak maklumkan bahawa niat saya buat video itu cuma satu saja iaitu saya nak sampaikan mesej supaya jangan pernah bandingkan diri kita dengan orang lain.

“Namun saya sedar, penyampaian saya dalam mesej itu agak salah dan tidak sesuai dari segi suara dan muka yang betul-betul dekat dengan skrin.

“Jadi dengan rendah dirinya, saya memohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan dan banyak sangat yang saya belajar daripada isu ini,” katanya.

Pempengaruh

Sementara itu, Fatin mengatakan dia akan berusaha untuk memperbaiki caranya menyampaikan dakwah serta lebih berhati-hati sebelum berkongsi video di media sosial.

“Untuk akan datang saya akan hasilkan kualiti video yang lebih baik dan sesuai. Banyak sangat yang saya belajar daripada kejadian ini.

“Sebagai seorang muslim, saya akan lebih teliti dalam proses sebelum memuat naik sebarang video di media sosial, insya-Allah.

”Terima kasih saya ucapkan atas segala komen yang positif mahupun negatif sebab dari situ saya belajar banyak perkara.

“Saya akan terus memperbaiki diri dengan bimbingan asatizah dan korang semua,” katanya lagi.

@fatinnnabila1

Bismillah.

♬ original sound – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin

Sebelum ini, video tersebut meraih perhatian ramai di aplikasi TikTok sehingga mendapat reaksi pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Artikel Berkaitan: Budaya ‘Speed Dating’ Tidak Wajar Dipromosikan, Ustazah Asma’ Harun Tampil Beri Penjelasan – “Ini Budaya Baru Yang Merisaukan!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Sep 2024

“Saya Ada Perasaan Bukannya Robot” – Kelihatan Sugul, Fattah Amin Mohon Doa Yang Terbaik

Allahu, sedihnya!moga yang baik-baik buat Fazura dan Fattah Amin 😭😭😭😭

Hiburan Fri, 24 May 2024
Trending Mon, 2 Sep 2019

Hanya Kerana Lahir Bayi Dalam Kapal Terbang, Boleh Terkandas?

Jadi jika ingin bercuti kenalah ambil langkah berjaga-jaga

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

AMOi-AMOi叹《就爱自拍》MV重拍2次像流产落胎

历经一波三折,AMOi-AMOi终于推出《就爱自拍》最新MV!迟了3个月才推出的成品,让成员直呼心情像流产般失落。

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

朱浩仁《Rain On Me》1229举办粉丝见面会

带着全新专辑《Rain On Me》回归乐坛的朱浩仁,将于12月29日(星期六)下午2时,在蕉赖Leisure Mall底层大厅举办粉丝见面会!

Featured Fri, 13 May 2022
Trending Wed, 12 Dec 2018

Harimau Malaya Perlukan Keajaiban Di Hanoi

Ayuh Harimau Malaya terus bangkit!

Hiburan Wed, 16 Jan 2019
error: Content is protected !!