Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2024 @ 9:39am

Pelakon Kamal Bakar Meninggal Dunia

Pelakon senior Kamal Bakar yang dilaporkan menghidap jangkitan kuman tahap empat pada pada paru-parunya kini dilaporkan menghembuskan nafasnya terakhirnya pada pukul 1 pagi, Selasa.

Memetik laporan Harian Metro, berita pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri oleh anaknya yang juga pelakon, Muhammad Hanis Kamaruldzaman menerusi hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum semua, dimaklumkan ayah saya Kamaruldzaman Bakar (Kamal Bakar) sudah meninggal dunia sebentar tadi.

“Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat ayah saya,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Bakar Nazak, Kuman Merebak Hingga Tutup Paru-Paru

Dalam hantaran sama, Hanis memaklumkan jenazah Allahyarham  akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka, pagi ini.

“Solat jenazah akan diadakan selepas solat Zuhur dan kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka,” katanya.

Sabtu lalu, Hanis memaklumkan mengenai keadaan bapanya yang dilaporkan nazak sekaligus mereka diminta untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Pada 3 Jun lalu, Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka dan dua minggu kemudian dimasukkan ke Unit Kecemasan (ICU) selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Sekadar info, Allahyarham Kamal memulakan kerjaya seni sejak tahun 1970-an menerusi beberapa drama seperti, Suami Aku Ustaz, Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak dan banyak lagi.

Allahyarham turut meninggalkan seorang balu yang dikenali sebagai Sarina dan lima orang anak.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 May 2018

Tembikai Susu Sejenis Buah Murah Namun Banyak Khasiatnya Selain Enak Dimakan

Dimakan enak, dibuat sebagai pewangi kereta juga membangkit aroma yang menyenangkan.

Trending Tue, 26 Nov 2019

“Bendera Itu Simbol Kedaulatan Negara Dan Tidak Boleh Dipermainkan”- KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dikalangan rakyat Malaysia khasnya. Sila jadikan iktibar!

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

BTS Sumbang Berbillion Ringgit Buat Korea Selatan!

Wow, bukan sikit ya jumlah yang disumbangkan!

Hiburan Sat, 28 Jul 2018

Nick Jonas and Priyanka Chopra aren’t Taking Anything From Haters

The couple is not letting anyone get in the way of their happiness.

Featured Tue, 3 Jan 2023

Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Jika benar bagai dikata, moga bekas isteri Luqman kekal tabah 🥲❤️

Featured Wed, 14 Sep 2022
Trending Thu, 18 Jul 2019

SAH! Video ‘Semburit’ Haziq Tulen

aya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

Trending Mon, 17 Dec 2018

Resorts World Genting Brings Joy to Over 300 Underprivileged Children

All done in the spirit of giving this Christmas.

error: Content is protected !!