Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 26, 2024 @ 6:25pm

Perancangan Kahwin Hujung Tahun Musnah, Aya Amiruddin Dah Sebulan Putus Tunang – “Tiada Orang Ketiga, Memang Kami Tak Sehaluan” 

Impian pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin untuk mendirikan rumah tangga musnah apabila mengesahkan sudah putus tunang dengan Eronmose Sleem sejak sebulan lalu.

Bercakap kepada XTRA, Aya menganggap hubungan mereka berakhir disebabkan tiada jodoh walaupun sudah merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.

“Saya single, sudah sebulan saya single. Kami berpisah secara baik, tiada gaduh-gaduh.

“Saya sudah bersama dia selama empat tahun, sedih juga sebenarnya.

“Tak ada jodoh, sebab kami dah bertunang hampir dua tahun,” ujarnya.

Aya ditemui pada sesi temuramah bersama pelakon sitkom komedi terbaharu terbitan TV3, Jabatan Call Centre (JCC) di Glenmarie, Shah Alam, pada Isnin.

Jelas Aya lagi, dia menafikan keretakan hubungannya itu berpunca daripada orang ketiga sebaliknya tiada persefahaman antara mereka.

“Tiada orang ketiga, memang kami tak sehaluan lagi, tak ada persefahaman.

“Sekarang kami dalam fasa mencari diri masing-masing, apa yang saya mahukan dalam diri.

“Saya juga banyak kekurangan,” jelas Aya lagi.

Biarpun sudah berpisah, Aya memaklumkan mereka masih mengekalkan hubungan baik sampai sekarang.

“Hubungan kami masih baik sebab kami masih bekerja bersama.

“Dia yang akan bantu saya untuk hasilkan kandungan atau content saya, jadi kami masih baik sampai sekarang,” tutupnya.

Untuk info, bekas tunang Aya adalah individu yang membantunya membuat ‘content’ di media.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 18 Dec 2020
Trending Mon, 16 Nov 2020
Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Saya Dapat Jemputan, Tapi…” – Beto Kusyairy Sahkan Turut Tak Hadir Malam Gala Mat Kilau Di Indonesia

Ramai juga yang tidak hadir untuk malam gala Mat Kilau di Indonesia hari ni..

Featured Wed, 19 Jan 2022

Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dibenarkan

Jaga SOP & jaga keselamatan orang yang tersayang!

Featured Sat, 11 Jun 2022

“Balik Dari Umrah Husband Nak…” – Puteri Sarah Liyana Dapat DM Tanya Soal Cerai, Dakwa Pihak Ketiga Reka Cerita

Sudah-sudah la ganggu rumah tangga orang 😌 Mungkin belum bertemu buku dengan ruas sebab tu banyak bunyik 👀 Apapun life must go on 🔥🔥🔥

error: Content is protected !!