Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2024 @ 11:07am

Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ke 7 Diusia 65 Tahun

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini hamil anak ketujuh mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Jamal dan isteri dikurniakan dengan lima orang cahaya mata hanya dalam tempoh enam tahun perkahwinan.

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, Jamal tidak menafikan bahawa menguruskan anak-anak yang masih kecil dalam usia yang sudah mencecah 65 tahun bukan lah suatu yang mudah, selain dia menganggap ia adalah cabaran untuk dirinya.

“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai.

“Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke masa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.

“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir ini berkongsi keadaan isterinya yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat mengalami alahan yang teruk termasuklah mengalami muntah-muntah.

“Isteri alami alahan mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu muntah dan tak makan.

“Kalau diberi ubat tahan muntah, boleh menyebabkan serangan jantung. Sekarang di IJN, doakan kesembuhan untuk isteri saya,” ulasnya.

Tambahnya lagi, isterinya itu pernah dimasukkan ke hospital selama empat hari akibat alahan tersebut bagaimanapun dia kemudian dibenarkan pulang ke rumah.

Namun, siapa sangka alahan seperti muntah yang teruk menyebabkan Zai Izzati mengalami tiroid dan sakit tekak.

“Sebelum ini dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk. Dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan dia masuk hospital semula empat hari.

“Kemudian doktor bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Kedua-dua ubat ini kita tak tahu yang mana satu yang buatkan otot-otot dia jadi kejang dan tekak dia kejang

“Tapi nampak hari ini alhamdulillah, dia okey. Kandungan memang sihat. Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung dan itu yang dihantar ke IJN. Kami sedang tunggu keputusan daripada pakar jantung tapi nampak ada perbezaan dari hari itu.

Dalam pada itu, Jamal memaklumkan isterinya bakal menjalani angiogram (memasukkan tiub) untuk mengenal pasti punca sebenar penyakitnya itu sekaligus mengharapkan doa yang terbaik dari orang ramai untuk anaknya itu.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022

Izara Aishah Selar Netizen Cuba Lagakan Neelofa & Fazura – “Tak Ada Sebab.. Mampos Netizen Nak Jawab Kat Akhirat”

Haa kan, tak pasal pasal dah kena tegur dengan Izara Aishah. Husnuzon semua, boleh jadi banyak perkara sama sebab kebetulan saja

Trending Fri, 14 Feb 2020
Hiburan Mon, 30 May 2022
Featured Thu, 14 Jul 2022

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Alahai, sabar ya Nuha ☺️ Yang penting terus belajar dan tak patah semangat! ❤️

error: Content is protected !!