Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 26, 2024 @ 3:35pm

Kongsi Tanda-Tanda Autisme Anak Sejak Umur Setahun Lima Bulan, Shila Amzah Syukur Ubai Mainkan Peranan Sebagai Bapa Dengan Baik

Penyanyi, Shila Amzah berkongsi antara tanda awal autisme yang ditunjukkan oleh anak sulungnya, Seth Uwais ketika dia berusia setahun lima bulan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shila berkata tanda tersebut termasuklah tidak pandai bercakap, kurang bertentang mata, memilih makanan dan meltdown.

“Seth tak ada atau kurang eye contact, suka main seorang diri, tiada perkataan contohnya mama, makan, susu.

“Tak pandai guna jari tunjuk, dia akan ‘hand leading’, bila mahukan sesuatu. Contohnya bila nak susu, dia tarik tangan kita untuk abil botol susu dia.

“Tantrum dan meltdown, guling-guling atas lantai bila tak dapat something. Sensory issues, tak suka potong rambut, potong kuku, pihak benda bertekstur, pegang benda melekit.

“Memilih makanan, masa ni Seth cuma suka makanan bergoreng sahaja. Tak makan aik krim, bubur dan sup,” katanya menjawab persoalan netizen di pautan Ask Me A Question Instagram.

Shila Amzah

Dalam masa sama, Shila berkata dia tidak mempunyai kekuatan untuk menghantar anaknya ke terapi ketika anaknya menunjukkan ciri-ciri tersebut kerana sedang berlawan perasaan dengan kes penceraiannya.

“Dia ada semua ciri-ciri tetapi masa tu saya tak ada sokongan untuk melalui semua itu sendirian. Saya tunggu sehingga kes cerai saya selesai.

“Sejujurnya saya tak kuat nak hadapi semua ni, sebaliknya saya beli sensory toys untuk Seth dan ajar dia sendiri. Dalam masa yang sama, saya juga tengah berlawan dengan masalah mental saya.

“Ketika Seth berumur tiga tahun setengah, dia mula cakap ayat pertama dia.. Jantung saya berhenti seketika. Sejak dari itu saya sedar betapa pentingnya persekitaran positif untuk anak-anak. Bila keadaan selamat, dia akhirnya bercakap,” ujarnya.

Shila Amzah

Pelantun lagu Tiada Dirimu ini meluahkan rasa syukur setelah berjumpa dengan suaminya, personaliti media sosial, Ubaidillah MZ yang banyak membantu Seth dalam pelbagai perkara.

“Kemudian saya berjumpa suami saya, Ubai. Dia banyak tunjuk dan ajar Seth banyak perkara baru yang sepatutnya diajar oleh seorang bapa.

Tak ada perkara yang triggered kami, cuma mahukan kepastian dan salurkan pendidikan yang betul kepada Seth. Itu sahaja, semuanya demi kasih dan sayang,” katanya lagi.

Sebelum ini, Shila mendedahkan anaknya, Seth Uwais disahkan autism tahap satu setelah mendapat kepastian daripada pihak Hospital.

Artikel Berkaitan: Reda Seth Uwais Disahkan Autism Tahap Satu, Shila Amzah & Ubai Teruskan Rawatan Untuk Anak

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Nafi Terlibat Dalam Aktiviti ‘Trading’ – “Tak Ada Masuk Duit Mana-Mana Lepas Tu Tiba-Tiba Kaya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Jul 2023

[VIDEO] Berkat Menang ABPBH 35, Ada Syarikat Nak Sponsor Bell Ngasri Kereta

Alhamdulillah, rezeki! Tahniah Bell! Yak Yak yey!!!

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

Teroka Genre Rockdut, Shaffiq Erwin Muncul Dengan Single Janjir

Tahniah Shaffiq Erwin muncul dengan single baharu, Janjir!

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

“Saya Akan Nyanyi Lagu Baru Yang Belum Dirilis” – Bunga Bersedia Membuka Tirai Konsert Coldplay Esok!

Wahh, Bunga pun dah ready nak perform opening esok dekat konsert Coldplay!

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Abby Abadi Kongsi Nama Penuh ‘Baby D’

Umum tahu kisah bayi pramatang pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas terpaksa dilahirkan melalui pembedahan, semasa kandungannya baru berusia 6 bulan. Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan […]

Trending Wed, 5 May 2021
Hiburan Tue, 6 Feb 2018

CHACHA TAMPAL ‘MAKE UP’ SOROK HIDUNG RETAK

  Baharu sahaja Ahad lalu, Melodi memaparkan hal Chacha Maembong dan penyanyi Didi Astillah terlibat dalam kemalangan kereta. Melalui perbualan telefon waktu itu, Chacha memberitahu dia masih berehat di rumah kerana alami retak pada batang […]

error: Content is protected !!