Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2023 @ 5:26pm

[VIDEO] Berkat Menang ABPBH 35, Ada Syarikat Nak Sponsor Bell Ngasri Kereta

Heboh di platform radio Hot FM sebentar tadi apabila terdapat individu dikenali senagai Encik Fendi selalu pemilik syarikat menjual kenderaan mahu menghadiahkan pelawak popular, Bell Ngasri sebuah kereta.

Encik Fendi berhasrat memberikan Bell sebuah kereta bersempena kemenangan Bintang Paling Popular yang diraih ketika malam Anugerah Bintang Paling Popular 35 (ABPBH 35), Jumaat lalu.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Encik Fendi berkongsi perkara berikut ketika menghubungi konti Hot FM ketika Bell menjadi tetamu jemputan bersama Bekpes Hot pagi tadi.

“Kebetulan KJ (Khairy Jamaluddin) dah sebut, lagi membuak-buak rasa hati saya nak kongsi berita gembira ni dengan Bell. Dengan ini saya mewakili syarikat DTC Motor dan Prima Bisnes berbesar hati ingin menghadiah Bell sebuah kereta,” katanya.

Jelas Bell, dia mengenali individu bernama Encik Fendi kerana pernah datang ke kedai kereta miliknya beberapa bulan lalu.

“Allahuakbar, Encik Fendi saya dah nampak jelas dah wajah Encik. Saya bukan tak kenal, kenal sangat.. Anak kita sekolah sekali,” ujar Bell.

“Kalau tak salah dalam dua atau tiga bulan lepas Bell ada datang showroom kedai kami pada hari minggu. Insya-Allah, saya memang berniat nak bagi kereta nanti kita perlu berhubung semula untuk tengok macam manalah,” tutur Encik Fendi.

Dalam video berkenaan, Bell tidak dapat menahan sebak serta tidak menyangka terdapat individu berhati mulia mahu menghadiahkannya kereta.

“Terima kasih Encik Fendi, dengar cakap Chief (Khairy Jamaluddin) pula, hanya Allah yang mampu membalas segalanya, Aamiin,” kata Bell.

Pada malam kemuncak anugerah berprestij itu, Bell juga menerima trofi anugerah Artis Komedi Popular, selain merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 35 membawa pulang hadiah tajaan pakej Umrah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Feb 2023
Events Mon, 10 Sep 2018

Idris Khan Asyik Tunda Je, Bila Nak Kahwin?

Saksikan drama Salon bersama Juliana Farhana pada September ini hanya disaluran ntv7 anda!

Featured Mon, 15 Jul 2024

“Macam Ada Isi Je…” – Penampakan Baby Bump, Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

Wah, kalau betul apa salahnya kan? Moga yang baik-baik semuanya😍

Hiburan Thu, 23 May 2024

Rosyam Nor Akui Mencabar Bawa Watak Cikgu Dalam Filem ‘Memoir Seorang Guru’ – “Kalau Gagal, Rosak Karier & Nama Saya”

Sisi lain Rosyam Nor, kali ni bawa watak Cikgu. Jangan lupa sediakan tisu masa tengok di wayang nanti 🥲🥲

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Zahirkan Rasa Cinta Mendalam Terhadap Tanah Air, BluntSheep Lancar Mini Album ‘Di Puncak Dunia’

Lagu utama yang turut dinamakan Di Puncak Dunia membawa mesej perjuangan, perpaduan dan cita-cita tinggi untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Pakai ‘Hoodie’ Tapi Tayang Rambut… Imej Isteri Fikry Ibrahim Curi Tumpuan

Isteri Fikry Ibrahim. Siti Khalizah Alihan pakai hoodie nampak rambut

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
error: Content is protected !!