Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 13, 2025 @ 10:50pm

Zahirkan Rasa Cinta Mendalam Terhadap Tanah Air, BluntSheep Lancar Mini Album ‘Di Puncak Dunia’

Kumpulan muzik, BluntSheep tampil dengan mini album baharu berjudul Di Puncak Dunia, sebuah projek istimewa yang mengetengahkan empat buah lagu asli.

Bernaung di bawah label Padu Records, lagu utama yang turut dinamakan Di Puncak Dunia membawa mesej perjuangan, perpaduan dan cita-cita tinggi untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia.

Pelancaran album ini menjadi lebih bermakna apabila mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures, sebuah inisiatif Kerajaan Madani melalui Dana Kandungan Kreatif Keboleh Pasaran Domestik 2.0. Inisiatif ini memberi tumpuan memperkukuh bakat tempatan sekali gus memperkasakan industri kreatif tanah air.

Album ini terhasil daripada rasa cinta mendalam terhadap Malaysia. Bagi BluntSheep, karya ini adalah wadah untuk menyampaikan mesej bahawa meskipun rakyat berbeza latar belakang, mereka tetap bersatu hati demi martabat negara.

Sebagai simbol semangat itu, kumpulan ini turut menukar warna gitar mereka kepada Jalur Gemilang, menzahirkan rasa bangga serta menyebarkan nilai patriotisme melalui muzik.

“Dengan sokongan daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, kami yakin karya ini mampu memberi inspirasi bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat global,” kata Atta Rumnan selaku vokalis.

Selain menjadi lambang cinta tanah air, mini album Di Puncak Dunia turut mencerminkan keyakinan bahawa Malaysia mampu melangkah dengan penuh kebanggaan serta berdiri sama tinggi bersama negara lain di pentas dunia.

BluntSheep juga melihat pelancaran ini sebagai permulaan penting untuk perjalanan mereka ke arah menembusi pasaran antarabangsa.

Empat lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Puncak Dunia, Lelah, Cinta Paling Hebat dan Hanya Dia, kini boleh didengari di semua platform penstriman digital utama.

Kumpulan ini dianggotai tiga anak muda berusia 18 tahun iaitu Atta Ruman, Umar Naufal dan Mosses.

Bekas pemain bass mereka, Dzaff, kini berehat buat sementara waktu bagi menumpukan perhatian pada pelajaran.

Buat masa ini, posisi tersebut diisi Jayden, manakala Ariff Azmi menyertai sebagai gitaris kedua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 2 Dec 2022

Women Talk Musim 2 Bakal Dimeriahkan Lagi dengan Acara ‘Brunch With Women Talk’

Program bual bicara Women Talk sudah pun tiba di pertengahan program dan menceritakan mengenai isu semasa serta hal kehidupan golongan wanita di musim kedua. Bersiaran sebanyak 13 episod, program Women Talk dihoskan oleh dua wanita […]

Trending Mon, 13 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: Kadar Kesembuhan Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Di Dunia

Tak sabarnya nak tunggu Malaysia isytihar bebas COVID-19..

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Nelydia Senrose

Tidak serik untuk bercinta lagi dengan artis atau sesiapa pun. Namun dia akan lebih berhati-hati.

Featured Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Sun, 5 Oct 2025
Featured Tue, 2 May 2023
Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Wah! Keluarga Nick Jonas Jadi Tumpuan Di Madras

Beberapa keping gambar yang berjaya dirakam memperlihatkan Nick Jonas bersama ibu-bapanya di Lapangan Terbang Antaranbangsa Chhatrapati Shivaji untuk menyambut ketibaan ibu bapanya.

Hiburan Wed, 6 Nov 2024

“Ketika Ditimpa Ujian, Ada Rakan Selebriti & Pempengaruh Jauhkan Diri” – Mahu Terus Bangkit, Che Ta Pot Pet Kekal Positif

Ada rakan selebriti & pempengaruh jauhkan diri selepas Che Ta Pot Pet ditimpa ujian.

error: Content is protected !!