Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 6, 2024 @ 6:11pm

“Ketika Ditimpa Ujian, Ada Rakan Selebriti & Pempengaruh Jauhkan Diri” – Mahu Terus Bangkit, Che Ta Pot Pet Kekal Positif

Penyanyi dan usahawan selebriti, Che Ta Pot Pet mahu terus bangkit selepas ditimpa ujian dalam perniagaan untuk tempoh beberapa tahun ini.

Pemilik nama sebenar Rozita Baharom, 37, mendedahkan ramai rakan selebriti menjauhkan diri selepas bisnes kosmetiknya, Secret Desire berhadapan dengan isu beberapa tahun

“Saya enggan ambil peduli, individu mana yang tidak mahu lagi berkawan atau tidak dengan saya. Selepas diuji, saya bersyukur dengan rakan-rakan yang masih setia bersama saya.

“Sebenarnya, saya mengenali ramai selebriti dan pempengaruh, tapi apabila ditimpa ujian dalam perniagaan, ramai yang menjauhkan diri, malah lebih teruk ada yang bermuka-muka.

“Tapi, saya baik-baik sahaja sebab kawan yang sanggup susah senang, dialah yang perlu dijaga. Seperti contoh, Ifa Raziah, dia tetap setia bersama saya.

“Walaupun macam-macam dugaan saya tempoh untuk beberapa tahun ini, Ifa selalu ada apabila saya nak meluahkan masalah yang sedang dihadapi.

“Kata-kata positif daripada rakan-rakan ini sangat diperlukan untuk menyuntik semangat dan kembali bangkit,” katanya kepada XTRA.

Che Ta ditemui pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 dan pelancaran set kosmetik Pro Skin Prep Set serta meraikan rakan-rakan pengedar Secret Desire di Jalan Ampang, baru-baru ini.

Che Ta juga mengadakan acara terbabit selepas tiga tahun ia tidak diadakan untuk meraikan rakan-rakan pengedar yang kekal setia bersamanya.

Menurut pelantun lagu Aku Yang Kau Mahu ini, dia tidak pernah mengambil hati dengan sikap segelintir selebriti yang tidak jujur dalam persahabatan.

“Apabila diuji, baru saya buka mata. Selagi dia tidak kenal luar dan dalam kita, jangan pernah mengaku dia kawan sebenar. Ini adalah pesanan saya untuk semua.

“Selain itu, jangan mudah percaya dengan seseorang terlalu cepat. Ibaratnya bila kita berkahwin dengan seseorang baru kita tahu sikap sebenarnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Ta kini dalam proses untuk mengeluarkan single terbaharu dan mini album.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

Momen DSV, Datuk Fazley Bertaranum Baca Al-Quran Curi Perhatian Ramai – “Nak Jadi Imam Kena Pandai Mengaji”

DSV dilihat tekun mendengar Fazley memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah

Trending Thu, 5 Dec 2019

80’s Singer Nassier Wahab Passed Away, Battled With Cancer

May God bless and comfort the family family during this difficult period; please accept our sincere condolences.

Featured Thu, 24 Aug 2023
Trending Tue, 30 Jun 2020
Hiburan Mon, 9 Jun 2025

Anggi Marito Akui Persaingan Sengit Di Indonesia – “Setiap Hari Muncul Berpuluh Penyanyi Baru”

Anggi Marito akui sukar kekal nama di Indonesia, fokus buat lagu

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Saksikan Persembahan Teater Akrobatik Paling Memukau Dalam IMAGINATRICKS Hanya Di Genting Highlands!

Jangan lupa prepare diri korang sebelum menyaksikan persembahan memukau ni okay!

error: Content is protected !!