Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2024 @ 1:16pm

Kolaborasi Malaysia & Indonesia, Filem Paku Tanah Jawa Tampilkan Kisah Misteri Masyarakat Jawa Tengah

Gunung Tidar yang terletak di bahagian selatan Kota Magelang, Jawa Tengah secara umumnya cukup terkenal dengan ‘paku’ Tanah Jawa.

Biarpun ketinggiannya sekadar 503 meter dan tidak setinggi gunung-gunung lain di kepulauan Jawa, namun ia mempunyai keunikan tersendiri serta beberapa kisah misteri.

Oleh yang demikian, ia telah memberi ilham kepada syarikat Armani Entertainment Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah filem yang diberi nama Paku Tanah Jawa.

Penerbit Eksekutif, Datuk KK Chua berkata, idea untuk menerbitkan filem tersebut timbul setelah mengetahui kisah-kisah misteri dalam kalangan masyarakat yang menghuni di kawasan Gunung Tidar.

“Saya tertarik dengan kisah urban legend yang diceritakan sehingga ia memberi inspirasi buat saya untuk menerbitkan sebuah naskhah seram.

“Apa yang menariknya, ia bukan sekadar filem mistik semata-mata, malah turut mengangkat budaya Sinden dan Sugihan,” ujarnya.

Paku Tanah Jawa diangkat daripada salah satu kisah mengenai seorang gadis yang dipandang serong masyarakat setempat.

Ia berpunca daripada ibu gadis tersebut yang dikatakan telah mengorbankan ramai lelaki demi memenuhi syarat ritual sebuah ajaran sesat yang dianutinya.

Filem arahan Bambang Drias dan KK Chua itu dibintangi barisan pelakon popular seperti Masayu Anastasia, Gisellma Firmansyah, MK K-Clique, Hasif Upin dan Wafda Saifan Lubis.

Dalam pada itu, KK Chua memberitahu filem tersebut juga cukup istimewa apabila membabitkan gandingan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

“Jadi, untuk barisan pelakon pula, kami telah memilih pelakon kedua-dua negara yang cukup popular dan ia adalah antara tarikan dalam filem ini,” jelasnya.

Mengenai proses pembikinannya pula, penggambaran bermula pada Mei 2023 dan berlangsung selama 14 hari di kawasan hutan yang terletak di Kota Jogjakarta.

“Kalau ditanya tentang gangguan pula, sudah tentu ada unsur-unsur mistik yang berlaku. Namun, penggambaran tetap berjalan seperti biasa.

“Lagipun, ada babak-babak ritual yang dilakonkan, tambahan pula kebanyakan penggambaran dilakukan di dalam hutan,” jelas KK Chua.

Pada masa sama, Dato KK Chua juga cukup optimis filem Paku Tanah Jawa akan mendapat sambutan baik penonton di Malaysia. Di Indonesia, tayangang filem Paku Tanah Jawa sudah mencecah 430,000 penonton atau sebanyak RM6.45 juta kutipan box office.

“Selain genre seram antara yang menjadi kegemaran penonton, saya percaya penonton akan tertarik dengan jalan cerita yang dipaparkan,” ujarnya.

Paku Tanah Jawa mengisahkan tentang seorang gadis, Ningrum yang selalu dipandang negatif oleh masyarakat di kampungnya. Semuanya berpunca daripada ibunya sendiri iaitu Handini, seorang penyanyi dan primadona kampung yang dikatakan melakukan amalan ritual sehingga mengorbankan ramai lelaki.

Korban berkenaan dilakukan Handini sebagai syarat utama yang ditetapkan oleh ketua ajaran sesat, Kanjeng Semanu untuk dia terus kelihatan cantik dan digilai ramai. Bagaimanapun, kehidupan Ningrun mula tidak tenteram apabila jejaka yang dicintainya dalam diam, Jalu bakal menjadi korban terbaharu ibunya itu.

Filem Paku Tanah Jawa akan mula menemui penonton apabila ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 27 Jun 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Featured Tue, 3 Mar 2026

“Dia Budak Yang Baik, Sopan & Lembut Tutur Kata” – Firdaus Wong Dedah Individu Pijak Al-Quran Seorang Mualaf

Pendakwah bebas, Firdaus Wong atau nama lengkapnya, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan individu yang memijak kitab suci, al-Quran merupakan seorang mualaf.

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Belum Bertunanglah…

Afieq memaklumkan tujuan gambar itu dimuatnaik bukan untuk mencipta gimik dan mendiamkan diri apabila diajukan soalan.

Events Mon, 30 Mar 2020

[VIDEO] “Tak Pasal-Pasal Aku Digelar Diva Nanti” Nabila Huda Akui Takut Jalani Penggambaran?

Opss! Tapi apa yang Abil cakap tu betul. Tolong gais, stay safe!

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ustaz Hamadi Begitu DiBenci Sehingga Dapat Ugutan Bunuh?

Pelakon yang tidak asing lagi dalam industri, Azhan Rani mengakui pernah menerima ugutan bunuh daripada peminatnya. Namun, bagi Azhan beliau sama sekali tidak menganggap itu adalah ugutan bunuh kerana ia sama sekali menunjukkan maklsud yang […]

Featured Wed, 14 Jan 2026

“Always Put Yourself In Other Shoes” – Netizen Puji Sikap Rita Rudaini Pejuang Hak Pendidikan Anak-Anak & Ibu Bapa

Kelantangan dan keberanian pelakon versatile, Rita Rudaini dalam memperjuangkan hak ibu bapa dan anak-anak khususnya dalam isu pendidikan terus menerima sokongan positif daripada netizen.

Featured Mon, 1 Apr 2024
Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Janna Nick Artis Paling Mahal?

“Saya mengamalkan win-win situation …”

error: Content is protected !!