Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 27, 2024 @ 9:53am

Hafidz Roshdi Gelar Bekas Isteri ‘Janda Penipu’, Siap Minta Tunjuk Bukti Sahih Sebarkan Dokumen Mahkamah

Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi mencuri perhatian apabila dia bertindak membuat hantaran balas di media sosialnya terhadap pendedahan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Sukri mengenai tuduhan menyebarkan dokumen mahkamah berkaitan kes mereka di media sosial.

Kata Hafidz, tuduhan yang dibuat Shuhada itu adalah palsu sekaligus menyifatkan bekas isterinya itu sebagai ‘kaki pusing’.

“Bukti mana bukti? #KakiPusing minta bukti tiba-tiba sentuh bab kebahagian sebab nak elak dari diminta bukti.

“Saya ulang dengan jelas mana bukti SAHIH saya sebarkan dokumen mahkamah?,” katanya.

Perkara itu dikongsi Hafidz menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya pada Rabu.

Dalam hantaran sama, aktor itu kelihatan berkongsi tangkap layar artikel yang dipetik dari portal hiburan terkenal mengenai isu sama.

Namun, apa yang menarik perhatian, Hafidz turut menukar nama Shuhada dengan panggilan ‘janda penfitnah’ dan ‘janda penipu’.

Terdahulu, Hafidz menafikan dakwaan kononnya dia culas membayar nafkah terhadap anak-anaknya, Humairah dan Umar sekaligus menyifatkan tuduhan itu sebagai satu fitnah dan menjijikkan.

Malah, dia juga tampil menyertakan bukti transaksi pemberian nafkah anak-anaknya sejak Mac 2023 sehingga Mei 2024 menerusi muat naik di Insta Story miliknya.

“Statement menyatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah satu fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan.

“Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi untuk bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan.

“Dengan ini saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah, masih membayar nafkah dan akan terus berusaha menambah nakfah wajib anak anak tanpa culas dan elak dari tertunggak. Terima kasih,” kongsinya.

Hafidz Roshdi

Terdahulu, Shuhada beranag apabila bekas suaminya itu  didakwa gagal menunaikan bayaran nafkah terhadap dua anaknya sekaligus bertindak mendedahkan perbualan lucah antara Hafidz dengan penyondol sebelum mereka sah bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Hafidz Roshdi Lepas Tangan Nafkah Anak, Nurul Shuhada Dedah Tanggung Yuran Sekolah Cecah RM11,000 – “Kalau Sedar Hukum Allah, Mohon Taubat”

ARTIKEL BERKAITAN:”M*in Dengan Siap Buka Lagu Bruno Mars” – Nurul Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Rakam Video S*ks?

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Culas Nafkah Anak-Anak, Hafidz Roshdi Tampil Dedah Bukti Transaksi – “Fitnah Itu Menjijikkan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Mar 2026

Dihina Busuk & Sengau, Intan Maya Menangis 2 Mingggu Gara-Gara Dikecam Netizen

Kata Intan dia tidak menyangka akan menerima kecaman sedemikian, namun memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

Trending Sat, 25 May 2019

Golongan Cacat Pendengaran Dapat Mengalami Takbir Dengan Applikasi Dari Maxis

Maxis Cipta Aplikasi Mudah Alih Hari Raya Untuk Golongan Cacat Pendengaran

Trending Tue, 3 Oct 2023

Netizen Salah Tempat Mengadu, Admin TV9 Respons Rintihan Mereka

Tak salah nak mengadu tapi jangan salah tempat hehehe

Featured Sun, 31 May 2020

Bantu kerajaan putuskan COVID-19 dengan patuhi SOP

Adaptasi norma baharu dalam sambutan perayaan

Events Wed, 11 Sep 2019

Wow! Tak Sangka Ustaz Hamadi Berjaya Tawan Everest Base Camp

Bangga rasanya dengan Ustaz Hamadi ni!

Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Ustaz Komen Status Anak Hasil Hubungan Terlarang Dalam ‘Khianat Yang Terpilih’, Netizen Persoal ‘Bin’ Siapa?

Isu ‘bin’ anak jadi panas dalam Khianat Yang Terpilih, ramai mula persoal hukum sebenar… Ini jawapan Ustaz!

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Senang-Senang Tengok Video Saya” – Syaiful Zero Jawab Tuduhan Kutip Sumbangan Untuk Kegunaan Peribadi

Syaiful Zero menegaskan setiap sumbangan yang diterima disalurkan sepenuhnya bagi tujuan infaq

Hiburan Tue, 25 Jun 2024
error: Content is protected !!