Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 31, 2020 @ 6:49pm

Bantu kerajaan putuskan COVID-19 dengan patuhi SOP

Rakyat Sarawak diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) membabitkan sambutan perayaan menjelang keraian Hari Gawai, esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pematuhan SOP berkenaan diperkenalkan Kerajaan khusus untuk musim perayaan pada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini. Foto: Mohd Huzaini Daud.

Katanya, sebagaimana perayaan Aidilfitri dan Pesta Keamatan sebelum ini, sambutan hanya dibenarkan pada hari pertama, selain perlu mematuhi jumlah individu yang ditetapkan berada di rumah pada satu masa.
“Bagi rakyat Sarawak yang menyambut Hari Gawai esok iaitu 1 Jun, sambutan kali ini berbeza kerana mereka perlu mematuhi SOP musim perayaan yang ditetapkan Kerajaan.

“Seperti perayaan Aidilfitri dan Pesta Keamatan baru-baru ini, sambutan perayaan Hari Gawai juga hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja dan kapasiti di dalam setiap rumah adalah tidak melebihi 20 orang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

Rakyat Sarawak yang merayakan Hari Gawai tahun ini disaran mematuhi SOP bagi bengelakkan jangkitan COVID-19 – gambar hiasan. Foto: Nadim Bokhari.

Hari Gawai biasanya disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 Jun setiap tahun sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

Namun begitu, sambutan Hari Gawai tahun ini dianggap berbeza kerana perlu mematuhi peraturan PKPB untuk mengelakkan jangkitan wabak yang sedang dialami seluruh dunia.

Sambutan Hari Gawai diraikan masyarakat Dayak pada 1 Jun setiap tahun – gambar hiasan. Foto: Aziah Azmee.

Ismail Sabri berkata, wabak COVID-19 banyak mengubah cara sambutan dan persiapan hari perayaan masyarakat di negara ini, namun rakyat perlu mengadaptasi norma baharu ke dalam kehidupan.

“Kita juga ingin mengingatkan kepada mereka yang menyambut Hari Gawai supaya mematuhi SOP dan keutamaan adalah ahli keluarga di dalam satu rumah, kalau ada pun mungkin jiran terdekat sebelah menyebelah.

“Sebaik-baiknya sambutan dirayakan antara sesama ahli keluarga di dalam satu rumah dan memastikan disiplin diri sentiasa diamalkan bagi membanteras pandemik COVID-19,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Dec 2022
Gaya Hidup Thu, 22 Feb 2018

Cara Jimat Duit Kalau ke Hong Kong Supaya Poket Tak Rabak

Kalau anda pernah jejak kaki di Hong Kong, anda mesti tahu lokasi percutian ini serba-serbi mahal. Lebih-lebih lagi dengan kadar matawang Malaysia yang agak lemah ketika ini.

Featured Tue, 11 Jan 2022

“Dia Mengaku Golongan Antivaksin” – Doktor Jual Sijil Vaksin Palsu Cecah RM600 Ditahan

Seorang doktor di klinik swasta di Marang, Terengganu ditahan atas kesalahan menjual sijil vaksinasi palsu pada Sabtu. Memetik laporan Utusan, suspek berusia 51 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Mengabang Tengah. Menurut Ketua […]

Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Fri, 10 Sep 2021
Featured Wed, 12 Nov 2025

“Dia Adalah Anugerah Yang Menenangkan Pandangan”- Amar Baharin

Amar menggambarkan Amyra sebagai seorang isteri yang menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupannya.

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Awas Si Kuat Sentap, Jangan Sampai Rakan Anda Meluat!

Tidak kiralah sebaik dan setulus mana pun hati anda tetapi kalau kuat sentap, memanglah kawan-kawan sekeliling akan lari.

Featured Sun, 3 Oct 2021

“Kau Hado? Kau Hado? Tunjuk Kaya… Kecil Hati Orang”- Ustaz Kazim Elias Komen Isu Jutawan Tunjuk Kemewahan di Media Sosial

“Kayalah tetapi jangan simpan dalam hati, duit harta, letak atas tapak tangan,” begitulah kata-kata pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ketika ditanya mengenai isu melibatkan golongan berharta yang suka menunjuk kemewahan sebagai sumber inspirasi di […]

error: Content is protected !!