Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 10, 2021 @ 7:30pm

Saling Berbalas Mesej Hentaman, Netizen Mohon Caprice & Sharnaaz Ahmad ‘Settle’ Cara Elok

Pelakon sensasi, Sharnaaz Ahmad dilihat saling berbalas mesej ‘hentaman’ bersama penyanyi rap, Caprice di laman Instagram milik mereka hari ini.

Perkara itu dikongsi kedua-dua selebriti ini menerusi hantaran yang dimuat naik dilaman sosial mereka.

Isu ini dikatakan tercetus selepas sesi live Sharnaaz bersama pelakon, Shukri Yahaya yang dilihat menyindir Caprice yang pada ketika itu sedang berada di Jordan.

Justeru itu, Caprice memuat naik semula video berkenaan di akaun Instagram miliknya sambil menyelitkan babak Sharnaaz ketika membintangi siri drama Suamiku Encik Sotong sebelum menyekat pelakon itu menerusi aplikasi WhatsApp miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

 

Tidak terhenti begitu sahaja, Sharnaaz tampil membuat hantaran menerusi Instagram Story miliknya memaklumkan lokasi terkini beliau sambil melabel Caprice sebagai seorang ‘penakut’

“Sudah hantar location.  Marilah sayang jempuut makan tengah hari lauk sotong ada ni.

“Petik nama orang tapi block orang. Lu memang penakut lah… Konon bawak panji Islam, jarum pun nangis pegang tangan orang. Belum kena gegar lagi,” tulisnya.

Tidak lama selepas Sharnaaz memuat naik hantaran tersebut, Caprice dilihat membalas kenyataan ruangan Instagram Story miliknya pula.

“Dia kutuk orang tak apa, tapi bila dia melenting bagai nak rak…”

Selain itu, Caprice menerusi hantaran terkininya dilihat sempat memuat naik mesej peribadi seorang pengguna media sosial yang identitinya dirahsiakan memaklumkan perangai sebenar Sharnaaz yang dilihat suka mengutuk penyanyi itu bersama rakan-rakannya menerusi sesi ‘live’.

“Lebih baik diam dan settle cara elok…”

Melihat perkara ini seringkali terjadi, netizen berharap agar kedua-dua selebriti berkenaan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Jul 2023
Featured Thu, 25 Oct 2018

Bagaimana Mendapat Gambar Yang Perfect Untuk Instagram, Ini Taktiknya!

Kalau nak gambar dapat banyak tanda suka, foto-foto yang dimuat naik mestilah kena perfect!

Trending Fri, 11 Dec 2020
Trending Tue, 13 Mar 2018

Brave Men Save Puppies From Filthy Drain Despite Religious Restrictions

A few brave and kindhearted young men saved two stranded puppies in the dirty drain despite religious beliefs.

Trending Tue, 25 Jun 2019

Apa Nak Jadi Dengan Pasir Gudang?

Apa dah jadi ni sampai 14 buah sekolah kena tutup?

Hiburan Mon, 23 May 2022

“Saya Sangat Kagum Dengan Bakatnya…” – Ellie Suriaty Tidak Ada Masalah Untuk Bekerjasama Dengan Bekas Suami

Ellie Suriaty tiada masalah untuk bekerjasama dengan bekas suami pada masa akan datang.

Featured Thu, 17 May 2018

Tampil Sopan & Anggun Dengan Koleksi Eksklusif Ramadan Fazbulous by Fazura

Seindah pengertiannya, Jauharah menampilkan gaya sopan dan minimalis, sempurna untuk digayakan sepanjang bulan penuh keberkatan, Ramadan.

Events Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Tue, 1 Aug 2023
error: Content is protected !!