Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 27, 2024 @ 2:30pm

Wan Maimunah Sebak Tiba Di Malaysia, Sempat Titip Doa Moga Peminat Diberi Peluang Tunaikan Haji – “Mudah-Mudahan Awak Semua Akan Menyusul”

Pelakon senior, Wan Maimunah sebak apabila selamat tiba di tanah air selepas menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 67, dilihat sedang berada di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA1).

Sementara itu, Wan Maimunah atau lebih mesra dengan panggilan ibu ini kelihatan tidak dapat menahan air matanya apabila dia sama sekali tidak menyangka akan diberikan rezeki dan peluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.

“Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah ibu dah selamat sampai,” katanya.

Tidak habis disitu, pelakon versatile ini juga sempat menitipkan doa agar semua peminat di luar sana diberikan peluang untuk sama-sama merasai pengalaman berkunjung ke tanah suci, Makkah.

“Alhamdulillah, mudah-mudahan awak semua akan menyusul ke tanah suci untuk menunaikan rukun islam yang kelima. Inshaa-Allah, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT,” ucapnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan mendoakan kesejahteraan aktres itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 23 Jul 2018

#JommenangXtra : Menang Hadiah Eksklusif Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Bananana!

Pastinya kanak-kanak akan tertunggu-tunggu apakah agaknya rancangan kartun yang akan disajikan kepada mereka bukan? So, sempena musim cuti persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami di tonton akan siarkan beberapa kartun menarik yang pastinya dapat memenuhi selera anak-anak anda di luar sana!

Hiburan Mon, 30 Jun 2025

Dakwa Jadi Mangsa Ciplak, Noraniza Idris Luah Rasa Kecewa

Alamak, Kak Ani jadi mangsa ciplak ke?

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Wed, 26 Mar 2025

Jadi Aktres Bukan Kerana Minat… Elfira Loy Buang ‘Introvert’, Sanggup Berlakon Demi Bantu Ibu Cari Duit

Elfira Loy mula berlakon bukanlah atas minat, tetapi lebih kepada usaha membantu ibunya,

Featured Mon, 25 Apr 2022
Cahaya Mata Wed, 28 Dec 2022

Sedih Jauh Dengan Keluarga, Sajat Lebar Sayap Buka Perniagaan Di Australia

Usahawan kontroversi, Nur Sajat mendedahkan dirinya sedih setelah lama berjauhan dengan keluarga. @sajatperempuanfuh Replying to @mariabritneyyy ANAK-ANAK ADALAH KEKUATAN SAJAT #fyp #fypシ #sajat #nursajat #foryou #viral #fypシ゚viral ♬ original sound – SajatNur Menerusi hantaran yang […]

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Dayangku Intan Selamat Jalani Pembedahan Derma Buah Pinggang

Alhamdulillah…Penyanyi malar segar, Dayangku Intan selamat menjalani pembedahan mendermakan buah pinggang kepada suaminya, Rosman Yahil di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Pengurusnya, Rushuhaimin Ab Rahman, berkata pasangan berkenaan sudah keluar daripada bilik pembedahan dan […]

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Adira Jawab Gosip Cerai…

Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat.

error: Content is protected !!