Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 29, 2018 @ 4:30pm

Dayangku Intan Selamat Jalani Pembedahan Derma Buah Pinggang

Alhamdulillah…Penyanyi malar segar, Dayangku Intan selamat menjalani pembedahan mendermakan buah pinggang kepada suaminya, Rosman Yahil di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Pengurusnya, Rushuhaimin Ab Rahman, berkata pasangan berkenaan sudah keluar daripada bilik pembedahan dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan.

“Saya ada bertemu mereka tengah malam tadi. Kedua-duanya menyampaikan salam dan terima kasih kepada semua yang mengirimkan doa.

“Intan pun ada juga berpesan memohon maaf andai dia dan suami ada membuat kesilapan selain menghalalkan makan minum mereka.

“Berbanding Rosman yang agak lemah, Intan sangat bersemangat dan optimis untuk menjalani prosedur berkenaan yang bermula kira-kira jam 8 pagi tadi.

“Alhamdulillah, pembedahan yang mengambil masa tiga jam untuk Intan dan kira-kira lima jam membabitkan Rosman berjalan lancar. Cuma keadaan mereka perlu dipantau dulu sebelum dapat dipindahkan ke wad,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, penyanyi berusia itu mendedahkan mahu mendermakan buah pinggangnya kepada suami yang mengalami masalah kegagalan organ terbabit, akibat kencing tikus.

Rosman yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal terkena kencing tikus, namun jangkitan merebak ke bahagian buah pinggang hingga ia gagal berfungsi sejak tiga bulan lalu.

Keadaan kesihatan suaminya yang merosot secara mendadak mendorong Intan untuk melakukan pemeriksaan bagi mendermakan satu daripada buah pinggangnya.

Akui Rushuhaimin lagi, walaupun berdepan dugaan, penyanyi yang juga rakan dikenalinya sejak bernaung di bawah WEA pada 1986 itu sentiasa positif, malah bersemangat menyebarkan mesej mengenai galakan menderma organ.

“ Intan seorang yang kuat. Dalam menunggu proses pemeriksaan untuk menentukan sama ada ginjalnya sesuai untuk suami, dia tetap turun padang memenuhi undangan persembahan pentas, termasuk kelmarin.

“ Pada masa sama beliau sebarkan mesej mengenai pendermaan organ, lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga terdekat. Beliau turut kerap memberi peringatan berkenaan bahaya kencing tikus,” katanya lagi.

Perkahwinan pemilik nama sebenar Tengku Intan Tengku Abdul Hamid dengan Rosman yang sudah mencecah 34 tahun diserikan empat anak dan seorang cucu. – BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Ini Sebab Penonton Tak Senang Duduk Bila BTS Jadi Penyampai Grammy Award

Selain V, Jungkook juga turut dipuji kerana kefasihannya berbahasa Inggeris sepanjang temubual yang dijalankan

Featured Thu, 13 Mar 2025

Sukar Berjalan, Ebit Lew Kongsi Keadaan Terkini Mak Wan Latah -“Dia Rayu Minta Kerja”

Mak Wan sempat bertanya kepadanya sekiranya terdapat sebarang pekerjaan yang boleh dilakukannya.

Hiburan Wed, 21 Jan 2026
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Pelakon Eiffel…I’m In Love Saphira Indah Meninggal Dunia

Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Saphira Indah…

Hiburan Wed, 18 Jun 2025

Che Ta Ajar Aaisyah Jangan Malas Masuk Dapur

Rozita Che Wan nasihat wanita perlu ada duit walaupun suami kaya

Featured Tue, 10 May 2022

Nasi Goreng Kosong Dengan Telur Punca Pergaduhan Di Restoran

Pasal nasi goreng pun boleh bawa gaduh ke?

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

ANAK JUTAWAN MALAYSIA KAHWIN!

Siapa yang tidak kenal dengan adik-beradik dari kumpulan Naza Group kan? Hari ini anak kepada jutawan, Tan Sri Nasimuddin Amin iaitu SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan iaitu CEO Berjaya Times Square dan juga anak […]

error: Content is protected !!