Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 27, 2024 @ 2:30pm

Kehamilan Isteri Heboh Diperkatakan, MK K-Clique Belum Sedia Kongsi Khabar Gembira – “Mohon Doa Baik-Baik”

Biarpun khabar angin mengenai kehamilan isterinya, Siti Hajaar heboh diperkatakan, penyanyi rap popular, MK K-Clique belum bersedia untuk berkongsi berita gembira

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia memohon doa yang baik-baik dan perlu mengutamakan persetujuan isteri sekiranya telah bersedia untuk memberitahu perkara tersebut kepada umum.

“Ketika ini, apa yang saya boleh kongsikan adalah semuanya baik-baik sahaja, Alhamdulillah. Insya-Allah, kalau semuanya sudah pasti dan kami berdua juga sudah bersedia, perkara baik ini akan dimaklumkan kepada semua.

“Buat masa ini, apa yang saya dan isteri harapkan adalah semua pihak memberi doa-doa yang baik-baik. Bila dah dapat persetujuan daripada empunya badan (isteri), saya akan beritahu nanti,” katanya.

MK ditemui XTRA pada Majlis Anugerah Inpirasi PTTI 2024 yang diadakan di Hotel Le Meridien Putrajaya, pada Ahad.

Tambah pelakon drama bersiri Aku Bukan Ustazah ini, tiada alasan untuk dia marah dengan tindakan segelintir warganet yang menyebarkan berita mengenai status kehamilan isterinya terlebih dahulu kerana menganggap ia bukanlah satu perkara yang memberi impak buruk.

“Saya sendiri tiada halangan kerana seperti yang kita tahu, media sosial ini orang akan sentiasa bercakap mengikut kebebasan mereka.

“Pendapat saya, baik atau buruk tak perlu dijelaskan sebab lambat laun pun orang akan tahu nanti.

“Saya tak kisah dan tak ambil hati pun kalau sesiapa mahu kongsikan. Kalau kongsikan perkara baik, Alhamdulillah. Kalau perkara yang kurang baik, boleh jumpa saya sendiri untuk bertanya.

“Tetapi, setakat ini, perkongsian benda yang baik-baik, saya okey sahaja. Cuma saya mohon doakan kebaikan untuk saya dan isteri,” katanya.

Terdahulu, MK dan Siti Hajaar selamat bernikah pada 16 Jun 2023 di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Allahyarham Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Nov 2024

Jualan Tiket Tak Dapat Sambutan, Penganjur Batalkan Konsert Sulung Aisha Retno Malam Sutera

Tiket tak laku, Konsert Aisha Retno Malam Sutera dibatalkan

Hiburan Fri, 24 May 2024
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Raya Dah Dekat, Mana Duit Persiapan Anak?

Jumpa anak tak nak, bila raya nak menyibuk bergambar bagai kau jaga. Duit nafkah anak adalah RM 1500 BUKAN RM 500!

Featured Sat, 23 Aug 2025

Siti Nurhaliza Kongsi Titik Terendah, Reda Jika Kerjaya Menjunam Saat Memilih Kahwin Dengan Datuk K

Siti Nurhaliza berkongsi detik sukar saat namanya berada di puncak kejayaan.

Hiburan Tue, 21 Apr 2026

Memang Kelakar! 29 Pelakon Hebat Bergabung Dalam Filem Libang Libu, Janji Hiburan Santai Penuh Makna

Menampilkan 29 orang pelakon berpengalaman dan pemenang anugerah, filem Libang Libu hadir dengan pendekatan santai,

Trending Fri, 26 Jun 2020

Pusat Tuisyen, Sekolah Pendidikan Khas Dan Institusi Swasta Kini Dibenarkan Beroperasi

Ambil perhatian buat semua pelajar pusat tuisyen dan pelajar swasta!

error: Content is protected !!