Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 27, 2024 @ 8:00pm

Minta Bekas Isteri Jangan Tutup Periuk Nasi, Hafidz Roshdi Anggap Diri Mangsa Sabotaj – “Jangan Terus Berdendam”

Pelakon sensasi, Hafidz Roshdi menganggap dirinya mangsa sabotaj selepas difitnah oleh bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri culas membayar nafkah serta mendedahkan hantaran mengaibkannya di media sosial.

Menyelar tindakan Shuhada yang disyaki menutup periuk nasinya, Hafidz menyeru supaya bekas isterinya itu berhenti daripada terus mencipta kontroversi sehingga menyuruh pengikutnya melemparkan kebencian terhadapnya.

“Saya anggap diri saya menjadi mangsa sabotaj untuk menjatuhkan karier saya.

“Janganlah tutup periuk nasi saya dan seeloknya kita ‘move on’ ke arah yang lebih baik.

“Sekarang ini saya nak berdamai saja untuk masa depan yang lebih baik terutama membabitkan soal kebajikan dan tanggungjawab saya sebagai bapa.

“Saya mohon dan merayu supaya dia berhenti menyebarkan fitnah sekali gus mengundang kebencian orang luar terhadap saya.

“Saya pun tak faham niat baik saya maklumkan berita gembira apabila kembali dapat tawaran kerja, tapi tidak diterima baik olehnya.

“Banyak pula cerita aib dan dan fitnah disebarkan untuk tatapan pengikutnya. Apa kebaikan yang dia dapat apabila buat semua ini?

“Atas saranan peguam, saya juga sudah buat laporan polis bagi mengelakkan lebih banyak penyebaran kisah tak betul,” katanya.

Hafidz Roshdi

Sementara itu, Hafidz yang baru sahaja membuat laporan polis di Shah Alam itu meminta netizen untuk tidak mempersoalkan berapakah jumlah nafkah yang diberikan kepada anak-anaknya itu.

“Saya akan cuba sebaik mungkin mencari jalan untuk memberikan nafkah kepada anak-anak saya. Walaupun kami tidak tinggal bersama, tapi mereka masih tanggungjawab saya.

“Jangan persoalkan kenapa saya tutup jumlah bayaran nafkah anak-anak, sedangkan dia sendiri yang menutup periuk nasi saya dengan tindakan tidak matang yang dilakukan di media sosialnya sebelum ini.

“Sekurang-kurangnya apabila saya sudah kembali mendapat tawaran saya boleh menambah jumlah nafkah untuk anak-anak.

“Ada rezeki lebih saya boleh bagi lebih. Tapi janganlah terus berdendam dengan saya sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan tanpa bukti sahih,” tuturnya.

Sebelum ini, Shuhada seakan tidak dapat mengawal perasannya apabila mendakwa bekas suaminya itu tidak membayar nafkah.

Berang Hafidz terus berdiam diri, Shuhada kemudian lantas mendedahkan perbualan-perbualan lucah antara bekas suaminya dengan, penyondol sebelum mereka bercerai.

Artikel Berkaitan: “Saya Mohon Semua Netizen Tolong Pergi Azan Dekat Telinga Dia” – Digelar ‘Janda Pemfitnah’, Nurul Shuhada Tampil Bidas Kenyataan Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: “Munafik Sejati, Menafikan Fakta” – Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: “M*in Dengan Siap Buka Lagu Bruno Mars” – Nurul Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Rakam Video S*ks?

Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Dedah Mesej L*cah Hafidz Roshdi & Pelakor Berbual Topik Panc*t? – “Nak Buktikan Dia Mampu Puaskan Si Polan”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Apr 2021

Kebenaran Rentas Negeri Kini Diperketatkan Dengan Syarat…

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini yang semakin menunjukkan peningkatan dan masih belum stabil. Menurut, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah […]

Featured Mon, 10 Apr 2023

“Sarah Tetap Menantu Kesayangan Kami” – Sedih Rumah Tangga Anak Temui Noktah, Yusof Haslam Harap Silaturahim Terjaga

Yang penting biarlah segala krisis dan konflik mereka berakhir – Yusof Haslam

Figura Tue, 26 Mar 2024

Safee Sali Mengaku Dah Kahwin Wanita Lain – “Bagi Saya Yang Halal Tiada Salah”

Safee banyak muhasabah, akui tak lepas dari buat silap

Hiburan Tue, 14 Jan 2025

Izara Aishah Lebih Tegas Lepas Bertudung, Pilih Naskhah Kisah Keluarga Daripada Cinta 

Izara Aishah tolak drama tentang cinta, bayaran lebih setimpal

Hiburan Tue, 19 Nov 2024
Kisah Viral Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Teguran Berhemah Zul Yahya Mengenai Foto Tular Dipuji Netizen

Terimalah teguran Zul Yahya dengan hati yang terbuka ya?

Hiburan Thu, 5 Jul 2018
Hiburan Tue, 23 Jan 2024
error: Content is protected !!