Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 28, 2024 @ 5:20pm

Tiket Prajualan Konsert Bruno Mars Licin Walaupun Ramai Mahu Boikot

Tiket prajualan konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur yang menjadi rebutan jutaan rakyat Malaysia telah habis dijual.

Menurut penganjur konsert, Live Nation mengumumkan kaunter prajualan tiket ditutup dalam satu kenyataan menerusi laman sosial mereka.

“Terima kasih! Atas permintaan yang menakjubkan, tiket prajualan Live Nation telah habis dijual,” tulis kenyataan itu.

Bruno Mars

Dalam laman web rasmi jualan tiket, masih terdapat banyak lagi tiket yang masih dijual apabila jualan tiket rasmi dibuka hari ini.

Hasil tinjauan beberapa platform media sosial, beberapa pengguna dilihat sudah mula menawarkan semula tiket pada harga tinggi.

Harga tiket menyaksikan konsert ini di Malaysia bermula pada kadar RM298 sehingga mencecah RM1,888.

Terdahulu, konsert yang dijangka bakal berlangsung pada 17 September depan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu mendapat pelbagai reaksi masyarakat apabila rata-ratanya mahu memboikot.

Serangan itu ekoran pendirian Mars yang sebelum ini pernah menyuarakan rasa cintanya kepada Israel ketika mengadakan konsert di negara itu pada tahun lalu.

Sementara itu, stesen radio Fly FM dipuji netizen apabila mereka mengambil keputusan untuk tidak mempromosi dan memainkan lagu-lagu Bruno Mars selepas berita mengenainya tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Puji Radio Fly FM Tak Main Lagu Bruno Mars, Boikot Konsert Selebriti Hollywood Pro-Isra*l

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2019
Fab Foodies! Sun, 22 Apr 2018

Rasai Pelbagai Jenis Kek Yang Pastinya Buat Anda Sanggup Beratur Berjam-jam!

Bukan sahaja boleh makan kek yang fresh from the oven tau, anda juga boleh belajar cara untuk baking bersama teman rapat dan anak-anak anda!

Trending Mon, 21 May 2018

Malaysian Team Takes Home Gold Medal in Asian Pastry Cup

The group will be moving on to the Olympics of pastry soon!

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Fri, 9 May 2025

Cinta Pandang Pertama, Wanns Ahmad Kini Bahagia Bersama Khalida Balqis

Wanns Ahmad cinta pandang pertama Khalida Balqis

Hiburan Sun, 14 Apr 2019
Selebriti Mon, 25 Sep 2023
error: Content is protected !!