Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2024 @ 9:10pm

Tak Selesa Beri Kenyataan Isu Aliff Aziz, Sophia Albarakbah Jarang Baca Gosip Hiburan

Pelakon, Sophia Albarakbah tidak selesa untuk bercakap mengenai kontroversi membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz.

Menafikan diri mengelak daripada media, Sophia berkata dia akan mengelak daripada memberi kenyataan terhadap isu berkenaan terutama ketika menghadiri mana-mana acara hiburan.

Sebaliknya, dia hanya memberi tumpuan kepada kariernya sebagai pelakon.

“Saya tidak mengelak tapi sibuk dengan kerja. Memang buat masa sekarang fokus saya hanyalah pada kerja, perkara yang tiada kaitan tidak perlu untuk saya komen.

“Alhamdulillah kerja saya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Sebab bagi saya apabila bekerja harus serius dan sebagai pelakon saya ada tanggungjawab yang harus dilunaskan di set penggambaran.

“Jadi, benda tidak sepatutnya (kontroversi), tidak perlu untuk diulas,” katanya.

Sophia berkata demikian ketika ditemui pada malam majlis tayangan, Saka Perawan bersama peminat di Petaling Jaya pada Rabu.

Sementara itu, Sophia mengakui dia tidak membaca gosip dunia hiburan di media sosial, baginya perkara berkenaan tidak memberi kesan positif dalam hidupnya.

“Saya juga bukanlah seorang yang selalu dengan sosial media kerana banyak benda tidak berfaedah. Tak suka dengar gosip atau perkara yang tidak patut,” jelasnya.

Sophia membintangi filem Saka Perawan yang akan ditayangkan bermula 27 Jun di seluruh pawagam.

Filem genre seram komedi itu turut menampilkan pelakon lain iaitu Isyariana, Nelissa Nizam, Datuk Fauziah Nawi, Wilma Muhammad dan Azlee Senario.

Artikel Berkaitan: Label Aktres Acah ‘Bidadari’… Sarah Yasmine Minta Sophia Albarakbah Henti Putar Belit Cerita – “Sekarang Ni Dua-Dua Nak Jadi Penipu!”

Artikel Berkaitan: Pernah Dakwa Sophia Albarakbah Perosak Industri, Netizen Sifatkan Kata-Kata Ruhainies Makan Diri Sendiri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Nov 2025
Featured Fri, 25 Jul 2025
Featured Sun, 10 Nov 2024
Trending Thu, 23 Aug 2018

Suspected Peeping Tom Passes Away After Beaten Up by Social Justice Warriors

The people involved in beating the man up might be charged for murder!

Drama Tue, 23 Jun 2026

Bergandingan Dengan Imranul Effendy, Ariana Yusof Diuji Cinta Dan Harta Dalam ‘Salju & 7 Buaya’

Gandingan Ariana Yusof dan Imranul Effendy menjadi taruhan utama dalam drama mikro terbaharu, Salju & 7 Buaya yang bakal menemui penonton mulai 24 Jun ini menerusi TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Tahniah! Tauke Timang Anak Ketujuh

Comelnya anak Tauke Jambu, macam papa atau mama dia ni? Hehe. Tahniah Tauke & Nadia!

Hiburan Thu, 15 Jun 2023
error: Content is protected !!