Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2024 @ 2:17pm

Sentuh Isu Pendidikan Anak-Anak, Filem I Not Stupid 3 Tampilkan Tema Persaingan Ibu Bapa Dalam Era Digital

Filem arahan sutradara Jack Neo, I Not Stupid 3 (INS3) kini sedang rancak ditayangkan di pawagam.

Filem Singapura itu merupakan naskhah ‘standalone sequel’ kepada filem I Not Stupid yang diterbitkan pada tahun 2002 dan I Not Stupid Too yang diterbitkan pada tahun 2006.

Mengangkat isu pendidikan kanak-kanak sebagai intipati utama dalam tiga filem I Not Stupid, INS3 hadir dalam nafas baharu yang sesuai dengan perkembangan semasa era digital.

Biarpun tidak berkesempatan untuk menonton filem pertama dan kedua, filem INS3 ini boleh difahami dengan mudah memandangkan ia merupakan karya ‘standalone sequel’ yang menyentuh tema sama.

Dilema yang dihadapi oleh kanak-kanak dan ibu bapa diceritakan dengan berkesan dalam naskhah ini. Watak Wen Ting, seorang ibu dari Shanghai, China yang sanggup membawa anaknya, Zi Hao berpindah ke Singapura demi mendapatkan sistem pendidikan yang lebih bermutu digambarkan dengan baik.

Karakter Sophia, seorang ibu tegas yang sanggup melakukan apa saja demi kecemerlangan anaknya, Jayden digambarkan dengan sukses sehinggakan membuatkan penonton geram. Gelagat Sophia yang dahagakan kejayaan sehingga sanggup bertindak memukul dan melakukan penderaan lisan terhadap anaknya membuatkan penonton sebak.

Penonton juga dihidangkan dengan watak Andy, seorang kanak-kanak periang yang dikurniakan ibu bapa prihatin dan mengutamakan perasaan anak berbanding memberi tekanan.

Sedar tak sedar, watak-watak yang digambarkan wujud dalam persekitaran kehidupan kita dan ia memberi tamparan realiti terhadap kesedaran ibu bapa dalam membentuk anak-anak serta menyingkap isu pendidikan yang dibawa secara kemas dalam INS3.

Filem ini juga memaparkan cabaran yang dihadapi di zaman digital untuk membesarkan anak-anak. Kepesatan internet, pengaruh telefon pintar, ketagihan permainan video komputer serta teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjadi ancaman untuk kanak-kanak juga dipaparkan dalam INS3.

Untuk penonton yang mahukan hiburan yang sarat dengan mesej, luangkan masa untuk singgah ke pawagam dan saksikan sendiri filem INS3!

Sinopsis:

Zi Hao, pelajar yang berasal dari Shanghai, China berpindah ke Singapura bersama ibunya, Wen Ting demi sistem pendidikan lebih baik. Peningkatan gred Zi Hao dalam pelajaran menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dalam diri Jayden yang selama ini sering mendapat tempat pertama.

Ibu Jayden, Sophia yang berpewatakan garang mula menekan anaknya dan ia mencetuskan pertempuran antara dua pelajar yang berjuang bersungguh-sungguh demi meraih tempat pertama sehingga dua orang kanak-kanak ini terpaksa menghafal kamus, novel, belajar tanpa henti dan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan tempat teratas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Sun, 7 Jul 2024

Mula Tadabur Sejak 2021 Di Media Sosial, Fatin Nabila Akui Suara Tenang Beri Pesona Ketika Berdakwah

Kalau tengok video Fatin bagi motivasi, terus bersemangat rasa kan?

Trending Fri, 10 Jul 2020

Hari Jumaat Diumum Sebagai Hari Jawi Bermula Hari Ini

Tulisan Jawi penting untuk generasi sekarang!

Featured Wed, 7 May 2025
Hiburan Sun, 12 May 2019

Sebab ‘Sesungguhnya 2019’, Alif Satar Terkejut Tengok Jumlah Subscribers Di Youtube!

Terbaiklah Alif & kumpulan Raihan, syukur Alhamdulillah!

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Tepis Dakwaan Rumah Tangga Goyah, Hanez Masih Bahagia

Disebabkan Hanez dilihat aktif berniaga termasuk menjual sambal bilis, pelakon berusia 33 tahun ini terus dikatakan tidak lagi bahagia. Ish, tak baik tau…

Featured Tue, 5 Apr 2022

Guru Tahfiz R*gol 13 Pelajar Dihukum Mati, Lapan Daripada Mangsa Disahkan Hamil

13 Pelajar dalam lingkungan usia antara 12 tahun dan 16 tahun.. Allahuakbar, kesiannya..

error: Content is protected !!