Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana July 6, 2024 @ 2:52pm

Miss Universe Malaysia Tolak Penyertaan Beragama Islam

Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan untuk tidak membuka sebarang penyertaan kepada peserta beragama Islam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Nasional MUMO baharu, Eleen Yong dalam satu sidang media pada Khamis lalu.

Menerusi hantaran yang dikongsi di platform TikTok Remaja, Eleen menyifatkan keputusan itu sebagai menghormati kesemua agama dan kepercayaan yang ada di negara ini.

“Kami menghormati kesemua agama dan kepercayaan serta batasannya.

“Kami ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengelakkan sebarang komplikasi,” katanya.

Dalam pada itu, pihak MUMO turut mengumumkan syarat penyertaan baharu bagi pertandingan ratu cantik itu.

MUMO telah memansuhkan had umur maksimum dan menerima peserta wanita yang telah berkahwin, bergelar ibu serta ibu tunggal ke dalam pertandingan ini.

Sebelum ini, penyertaan bagi peserta Miss Universe Malaysia hanya mengehadkan penyertaan kepada wanita bujang yang belum berkahwin dan berusia 28 tahun ke bawah sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 27 Nov 2019
Trending Sun, 3 Jun 2018

Gadis Kelahiran Ampang Pecah Rekod Sertai Miss Universe New Zealand

Gadis kelahiran Ampang dan dibesarkan di New Zealand, Nurul Shamsul berjaya menempatkan diri di pentas akhir Top 20 dalam pertandingan Miss Universe New Zealand. Good Luck Nurul!

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Kenapa Elyana Menyesal?

Tidak pernah menipu, Elyana nyata kesal dengan tindakan dan tohmahan netizen terhadap dirinya.

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Fri, 22 Nov 2019
Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Alami Pendarahan Otak, Seniwati Sharifah Aminah Sudah Sebulan Terlantar Di ICU

Sama- sama kita doakan agar seniwati Sharifah Aminah diberikan kesihatan yang baik seperti sedia-kala. Insya Allah…

error: Content is protected !!