Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 9, 2024 @ 6:49pm

“Allah Uji Baru Sekali, Takkan Saya Nak Mengeluh” – Ruhainies Kongsi Tips Sabar & Tenang

Walaupun namanya kian hangat diperkatakan susulan isu tidak sensitif hadir ke mahkamah dengan riak wajah ceria, pelakon sensasi Ruhainies bagaimanapun kekal tenang berdepan kecaman yang diberikan netizen.

Malah, menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, aktres itu sempat menjawab pertanyaan pengikutnya menerusi aplikasi Ask Me Away mengenai cara untuk menjadi kuat berhadapan ujian besar sepertinya.

Katanya, dia bersyukur kerana Allah SWT melimpahkan banyak rezeki dan dia juga dikelilingi dengan orang-orang baik yang sayang terhadapnya.

“Allah kurniakan saya dengan rezeki yang banyak, pekerjaan, penggambaran sana sini, disayangi ramai keluarga dan rakan-rakan, kesihatan dan sebagainya sepanjang 31 tahun ini.

“Allah baru uji ujian besar baru sekali, takkan saya nak mengeluh. Saya terima dan redha dan bersyukur juga. Dia uji sebab Dia sayang,” ulasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama rantaian Terjerat itu juga dilihat turut berkongsi petikan ayat al-Quran daripada Surah Al- Inshirah.

“Saya percaya tiada yang sia-sia dan saya yakin pasti ada rezeki besar yang Allah dah aturkan untuk saya. Insya-Allah. No storms last forever,” katanya.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff membuat pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibaca di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz, sebentar tadi.

Bagimanapun, hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan pada 17 Oktober depan dan bon jaminan dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Nov 2019

Aksesori unik bertemakan filem klasik pukau perhatian

Idea rekaan wanita ini di luar kotak

Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Mon, 9 Mar 2020

Cik Puan Sofie kesayangan rakyat Kelantan!

Sentiasa tampil manis, kelibatnya dinanti.

Trending Tue, 12 Mar 2019
Trending Thu, 11 Apr 2019

‘ Masa Kena Tu Sakit…Sakit Sangat’- Wartawan Aduan Rakyat Kongsi Pengalaman Disondol Lembu

Tulis Juliana, Korang terhibur tengok saya, saya pulak terhibur baca komen komen korang…

error: Content is protected !!