Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 25, 2022 @ 8:11pm

“Bukan Buat Kerja Tuhan, Tapi…” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Ifa Raziah

Selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah berkenaan isu aurat dan Tanah Suci baru-baru ini, tampil beberapa ustazah menegur tindakan beliau.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Aurat & Tanah Suci, Netizen Gelar Kenyataan Ifa Raziah Sebagai ‘Jahil’

Sejak semalam, Ustazah Asmak Husin memperbetulkan kenyataan pelakon tersebut dengan menjelaskan bertudung itu adalah wajib bagi setiap wanita dan hukumnya adalah berdosa jika meninggalkan suruhan Allah.

“Pandangan saya menutup aurat tu adalah wajib, tidak kisahlah dijemput ke Makkah ataupun tidak. 

“Tetapi jika kita meninggalkan suruhan Allah, tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah,” katanya.

Malah, kenyataan itu turut disokong oleh Ustazah Asma’ Harun menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

“Harus faham, hukum menunaikan umrah ialah sunat muakad, iaitu sunat yang amat dituntut, namun hukum MENUTUP AURAT IALAH WAJIB. 

“Ramai salah faham tentang keutamaan ini menyebabkan perkara wajib dilengah-lengahkan tapi yang sunat atau harus pula dikejar sehingga terabai yang wajib.

“Ada juga sebahagian yang merasakan tidak mengapa jika tak menutup aurat, yang penting hati mereka baik.,” jelasnya.

Hati-hati dengan apa yang diberi, takut ia musibah tersembunyi…

Selain itu, Ustazah Asma’ juga turut mengingatkan agar setiap manusia perlu berhati-hati  dengan apa yang diberi kerana bimbang ia adalah musibah yang tersembunyi.

Ini termasuklah, nikmat dan rezeki yang melimpah ruah yang diberikan Allah SWT walaupun manusia itu masih hidup dalam keadaaan fasiq.

“Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemaksiatan yang dilakukan dan tidak disegerakan azab ke atasnya,” tulisnya.

Justeru itu, Ustazah Asma’ berharap mana-mana pihak tidak salah faham kerana tindakan menegur kepada perkara kebaikan bukanlah mahu mengambil alih kerja Tuhan.

“Jangan salah faham, orang yang menegur bukan buat kerja Tuhan, tapi sedaya upaya melaksanakan kerja yang Tuhan perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.

“Para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, sebaliknya hanya alat dan amanah untuk digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran,” jelasnya,

Bagaimanapun, Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, menjelaskan bahawa video pendek tersebut sebenarnya telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan fitnah ke atas dirinya.
Memetik laporan Mstar, teguran yang diberikan oleh Ustazah Asma’ Harun dan Asmak Husin sebelum ini juga diterima dengan hati yang terbuka dan berharap orang ramai berhenti melaga-lagakan mereka denagn isu kontroversi tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Mar 2020
Featured Wed, 1 Feb 2023
Trending Tue, 24 Sep 2019

Surgical Mask VS N95 Respirator; Which is Best in Malaysian Haze?

These are the reasons on why you shouldn’t wear surgical mask in the haze.

Trending Mon, 1 Jan 2018

Ibu Tidak Sedar Telah Hamil 9 Bulan

Ibu Tidak Sedar Telah Hamil 9 Bulan, Lima Tahun Menunggu Zuriat

Featured Wed, 4 Mar 2026

“Kenapa Bila Kita Lakukan Kesilapan Dikaitkan Dengan Istiqamah”- Nora Danish

Pelakon jelita, Nora Danish mencuri tumpuan selepas perkongsiannya mengenai kesalahan dan istiqamah dipertikaikan oleh segelintir pihak.

Trending Thu, 28 Dec 2023

“Assalamualaikum Abang Zayn, Rindunya Mommy Dekat Abang,” – Ibu Zayn Rayyan

Pastinya ibu yang melahirkan menanggung rindu yang tiada kesudahan…

Featured Wed, 31 May 2023

“Saya Takut Beranak, Tapi Buatnya Sed*p” – Kongsi Pengalaman Melahirkan 6 Orang Anak, Rebecca Nur Islam Pilih Proses Pembedahan

Alamak! Cerita dalam kain ni kalau diambil dari sudut positif maka banyak benda korang boleh belajar okay!

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Featured Wed, 29 Nov 2023
error: Content is protected !!