Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 14, 2024 @ 7:46pm

Filem Thriller ‘Limbungan: Tragedi Hitam 1975’ Dalami Dunia Mitos Harimau Jadian

Kepercayaan mengenai wujudnya harimau jadian iaitu manusia yang mengamalkan ilmu hitam sehingga mampu bertukar menjadi harimau jadian sememangnya cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu.

Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut, ia telah memberi ilham kepada syarikat produksi Lil Studios Sdn. Bhd untuk menghasilkan sebuah filem thriller iaitu Limbungan: Tragedi Hitam 1975.

Pengarahnya, Fazli Yasin berkata, ia adalah sebuah filem yang membawa penonton menyelami dunia mitos tentang harimau jadian di sebalik konflik pembangunan di sebuah kampung pada era 1970-an.

“Idea untuk hasilkan filem Limbungan ini datangnya daripada minat saya terhadap seni makhluk mitologi Melayu, terutama sekali harimau jadian.

“Sejak kecil lagi saya sering melukis makhluk-makhluk pelik, termasuklah menghasilkan novel grafik tentang harimau jadian semasa berusia tujuh tahun,” katanya kepada XTRA.

Fazli berkata, dengan penghasilan filem berkenaan juga adalah tanda ‘cinta’ terhadap seni reka bentuk makhluk dan mitologi alam Melayu.

Limbungan: Tragedi Hitam 1975 mengisahkan tentang perjalanan Ramli dan Malik ke Kampung Limbungan untuk mengambil alih projek yang terbengkalai.

Bagaimanapun, mereka telah diserang oleh harimau jadian yang menakutkan sehingga memaksa mereka berdua bergelut untuk terus hidup.

Menampilkan Amerul Affendi dan Kodi Rasheed selaku tunjang utama, filem tersebut turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Cat Farish, D’Boy Hamdan, Bohari Ibrahim, Zainal Isa, Nor Albaniah dan Azan Addin.

Menurutnya, apa yang menarik tentang filem tersebut apabila kisah mengenai harimau jadian ini pernah diceritakan menerusi catatan Sir Hugh Clifford iaitu Residen Pahang yang bertugas pada 1896 hingga 1903.

Ujar Fazli, menerusi catatan tersebut ada menceritakan mengenai harimau jadian yang menyerang sebuah keluarga.

“Harimau jadian ini adalah pengamal ilmu hitam yang membuat penjanjian dengan iblis dan makhluk ini hanya meminum darah sahaja dan tidak memakan semua mangsanya.

“Jadi, apa yang berkaitan dengan harimau jadian ini ada digambarkan dalam filem Limbungan dan kami gabungkan dengan kisah sejarah tentang projek hidroelektrik di Tasik Kenyir pada tahun 1975,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai cabaran sepanjang pembikinan, Fazli memaklumkan antaranya mereka perlu mencari lokasi yang sesuai, terutama sekali kawasan bentuk muka bumi yang berbatu dan kawasan yang berair serta pohon-pohon yang besar.

Jelasnya lagi, untuk mengatasi cabaran berkenaan, mereka terpaksa mereka bentuk satu set lokasi hutan buatan yang besar, berbanding penggambaran dibuat di hutan sebenar kerana memakan kos yang besar.

“Kami juga perlu menghasilkan sebuah kostum harimau jadian yang realistik malah saya membuat sehingga tujuh versi kostum sebelum memilih satu yang terbaik,” kongsinya.

Limbungan mengisahkan Ramli dan Malik, dua pekerja Syarikat Maju Jaya, yang dihantar ke Kampung Limbungan pada tahun 1975 untuk menyelesaikan rundingan tanah bagi pembinaan stesen hidroelektrik.

Namun, penduduk kampung enggan melepaskan tanah warisan mereka, tambahan pula kampung itu dihantui harimau jadian yang muncul setiap gerhana bulan berdarah. Ketibaan Ramli dan Malik pada masa yang salah membawa mereka ke dalam konflik getir, di mana mitos dan realiti bersatu dalam suasana penuh ketegangan.

Setelah menjalani penggambarann pada Februari 2024, filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 6 Februari 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Lima Finalis Tampil Dengan Identiti Berbeza, Masing-Masing Unik & Berbakat!

XTRA XSTAR 2025 semakin menghampiri episode akhir pada 31 Oktober 2025

Trending Tue, 16 Oct 2018

Yay! Isteri Putera Harry, Meghan Markle Disahkan Mengandung!

Dia akan menjadi pewaris takhta Britain yang ke-7.

Featured Thu, 23 Jan 2025
Featured Sun, 5 Dec 2021

“Langgar Traffic Light Selamat… Bila Ikut, Accident Pula”- Netizen Kesian Dengan Nasib Myvi Dilanggar Motosikal Walaupun Ikut Peraturan Lampu Isyarat

Satu video tular yang memaparkan sebuah rakaman ‘dashcam’ menunjukkan sebuah motosikal telah melanggar sebuah kereta Myvi hitam di persimpangan lampu isyarat Lebuh Macallum, Pulau Pinang. Menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosial Sukan […]

Trending Thu, 19 Apr 2018

人类的大脑其实很可怕「不会疼痛还会自相残杀」

大家有没有看过《Lucy》这部电影,女主角斯嘉丽·约翰逊因为意外,大脑开发到了100%,成为了一个超级英雄。当大脑开发到了100%,到底会有多可怕呢?

Hiburan Wed, 9 Apr 2025
Featured Tue, 13 Sep 2022

Artis Wanita Meningkat Naik Burukkan Nama Ayda Jebat – “Kalau Jumpa Memang Aku Tarik Rambut Kau!”

Adoii… dah 2022 pun masih ada yang dengki dengan kejayaan orang lain 😑

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉

贺岁电影《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉!丁仕昀盼开续集,打造玩转系列。

error: Content is protected !!