Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 23, 2025 @ 7:14pm

Single Filem Soloz Game Of Life, Kolaborasi Hebat Hun Haqeem & Noki Dalam Lagu ‘Untuk Semua Jiwa’

Siapa sangka pelakon Hun Haqeem kini berjinak-jinak dalam bidang nyanyian selepas menyahut cabaran untuk menyanyikan lagu bagi runut bunyi filem terbaharunya Soloz Game Of Life iaitu, Untuk Semua Jiwa duet bersama penyanyi hip hop terkenal, Noki K-Clique.

Mengisahkan perjalanan pemain e-sports Mobile Legends, Soloz Game Of Life membawa tema tentang perjuangan, persahabatan, dan keazaman, sementara lagu “Untuk Semua Jiwa” terinspirasi oleh cerita dalam filem ini.

Lagu yang menggambarkan perjuangan hidup yang penuh cabaran untuk mencapai kejayaan ini bukan hanya ditujukan untuk diri sendiri, tetapi juga untuk orang lain.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SOLOZ GAME OF LIFE (@key_billions)

Makna Di Sebalik Lagu “Untuk Semua Jiwa”

Menurut Hun Haqeem, lagu ini adalah medium untuk menyampaikan emosi dan cerita filem kepada peminat.

“Lagu ini menggambarkan cerita Soloz Game of Life dengan sangat baik. Ia bukan hanya tentang menjadi juara bagi diri sendiri, tetapi untuk semua. Itu adalah mesej penting dalam kehidupan,” ulasnya.

Namun bagi Noki pula, inspirasi untuk lagu ini datang daripada pengalaman hidupnya.

Selain liriknya penuh dengan mesej positif yang seiring dengan tema filem yang mengangkat semangat dan motivasi.

“Lagu ini memberikan semangat kepada anak muda zaman sekarang,” jelasnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

 

Proses Kreatif & Kolaborasi

Lagu “Untuk Semua Jiwa” menggabungkan elemen electro-rock yang moden dengan beat yang dinamik, menghasilkan sebuah lagu yang bertenaga dan penuh semangat.

Vokal unik Hun dan rap padu dari Noki berjaya mencipta sebuah karya yang berkuasa dan berbeza bahkan, kolaborasi antara kedua-duanya terjadi secara semula jadi kerana mereka bukan hanya berperanan dalam filem Soloz Game of Life, tetapi juga berkongsi visi yang sama untuk lagu ini.

Bercakap mengenai impak dan harapan menerusi lagu runut bagi filem ini, pelakon drama rantaian The Gadis itu mengaku ini adalah langkah pertama yang besar dalam kerjaya muziknya dan berharap ia dapat memberikan inspirasi kepada pendengar.

“Lagu ini memberikan saya peluang terbaik untuk meneroka dunia muzik, apatah lagi kerana ia adalah OST untuk filem yang saya lakonkan. Saya berharap lagu ini dapat memberi inspirasi kepada pendengar,” ulas Hun.

Noki juga berharap lagu ini akan memberi semangat kepada semua yang mendengarnya. “Harapan saya adalah agar lagu ini memberi impak dan inspirasi kepada mereka yang menghadapi cabaran dalam hidup,” tambah Noki.

Sekadar info, lagu Untuk semua Jiwa kini boleh didengarkan di semua platform penstriman utama seperti Apple Music, Spotify, dan YouTube Music. Video muzik rasmi untuk lagu ini, yang menampilkan visual yang menarik dan sesuai dengan tema filem Soloz Game of Life, akan dilancarkan di YouTube sonymusicMYVEVO dalam masa terdekat.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ini yang pastinya memberi inspirasi dan semangat kepada semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 26 Nov 2018

Buat Persiapan Timang Anak Pertama, Pasangan Diraja Ini Pindah Rumah

Pasangan diraja ini bakal tinggal di kotej bersejarah di Estet Windsor milik keluarga diraja pada awal tahun hadapan.

Hiburan Mon, 10 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

Zain Zain bertegas hanya menjalankan tugas sebagai duta syarikat perunding kewangan

Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Azharina Azhar Nafi Dakwaan Daniesh Suffian ‘Anak Ikan’, Dedah Hubungan Sebenar

Azharina Azhar tepis dakwaan Daniesh Suffian anak ikan.

Trending Wed, 27 Jan 2021

“Women Empowerment” – Saima Mohsin Bakal Jadi Wanita Muslim Pertama Dilantik Peguam Negara AS

Kaum wanita juga boleh memimpin! Setelah Kemala Harris menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan Naib Presiden US, nampaknya kini Saima Mohsin bakal mengikut jejak langkah yang sama.  Terbaru, Saima Mohsin, 52 tahun merupakan seorang wanita […]

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Ada Lagi Ke ‘Penyewa Neraka’ Zaman Ini

Tuan Rumah Terkedu Rumah Sewa Jahanam, Sampah-Sarap Sampai Cecah Siling

Featured Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Umairah menggantikan Amira Othman menyampaikan lagu Rasa & Takdir di AJL40 Separuh Akhir.

error: Content is protected !!