Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 10, 2024 @ 12:31pm

Tak Kisah Populariti Isteri Lebih Melonjak, Shuib Tak Pernah Halang Watie Bekerja – “Baguslah Boleh Tambah Pendapatan Keluarga”

Pelawak, penyampai radio dan usahawan popular, Shuib tidak kisah jika populariti isterinya, Watie Hanifiah lebih melonjak berbanding dirinya.

Kata Shuib, perkara itu bagus untuk pendapatan keluarganya, sekaligus berkongsi bahawa dia tidak pernah menghalang isterinya itu untuk bekerja.

Malah, Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad mengakui, rezeki Watie semakin bertambah selepas mereka mendirikan rumah tangga.

“Baguslah untuk pendapatan keluarga kami. Dan saya tidak menghalang untuk dia bekerja kerana dia suka.

“Saya rasa dia pun mengakui lepas berkahwin, rezeki dia lebih banyak which is dia dapat membantu keluarga dia. Saya boleh nampak dan saya tahu.

“Sebab saya tak ada halang dia,  bagi saya kalau benda tu baik (income)  saya tak ada masalah. Cuma adalah benda-benda do’s and don’ts. Termasuklah fokus kepada anak-anak.

“Sebenarnya, Watie ni setiap bulan dia ada komitmen untuk buat posting dan sebagainya,” ulasnya.

Shuib berkata demikian ketika di temui pada majlis sidang media pelancaran Dol’s Podcast di Petaling Jaya pada Selasa.

Mengulas lanjut, bapa kepada empat orang cahaya mata ini mengakui rindu untuk muncul di kaca televisyen meskipun sekarang ini dia lebih fokus untuk menguruskan perniagaan sedia ada.

Tambahnya, tawaran masih diterima, namun dia perlu memberi keutamaan kepada komitmen kerjayanya.

“Saya sekarang pun tak berapa aktif di televisyen walaupun kadang-kadang rindu sebab nak fokus pada busines. So, macam podcast ni sesuai lah untuk sekali seminggu berjumpa dengan Fizie dengan Shuk.

“Ada yang panggil tapi kadang-kadang memikirkan jadual dan masa tu mungkin kita tak boleh nak buat. Jadi, kita lebih fokus kepada bisnes sekejap. Ada benda yang kita kena dahulukan. Macam komitmen dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, ketika disoal sama ada takut atau tidak namanya kian ‘sunyi’ dan tenggelam dalam industri, Shuib bagaimanapun menjelaskan, setakat ini dia lebih memberikan fokus terhadap perkara yang membuatkan dia berasa gembira dan bukannya melakukan ‘kerja’ semata-mata mahu memuaskan hati semua orang.

“Sebenarnya saya selalu fikir macam ni, kalau lima tahun lepas kita agak risau… tapi sekarang kita buat apa yang kita suka. Kita hidang dekat mereka (netizen). Sama ada orang di luar sana suka ataupun tidak, itu terpulang as long as kita happy itu sudah cukup.

“Kita bukan buat untuk puaskan semua hati orang. Lebih baik kita fokus kepada kekuatan (strenght) kita,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, bekas trio segmen Geng Pagi Hot di Hot FM ini bakal tampil dengan siri podcast terbaharu yang dikenali sebagai Dol’s Podcast.

Dol’s Podcast merupakan sesi bual bicara santai yang akan memaparkan kisah-kisah menarik daripada tetamu undangan termasuklah Watie Hanifiah.

Dol’s Podcast juga akan bersiaran sebanyak lapan episod dengan durasi tayangan lebih satu jam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Fasha Sandha Puji Sikap Fazura

Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau. Thank You Faz. Thank you juga to Fattah…

Featured Tue, 18 Oct 2022

Kualiti Vokal Siti Nordiana Merundum?

Siapa yang kata vokal Nana merudum ni?

Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.

Events Tue, 21 Apr 2020

[TERKINI] Cuti Raya Mungkin Ditunda?

Sedihnya kalau kena tangguh…

Featured Sat, 16 Oct 2021

“Kita Akan Masuk Ke Rumah & Suntik Ketika Mereka Tidur”- Presiden Filipina Mahu Ketuai Misi Cucuk Vaksin Kepada Golongan Anti-Vaksin

Baru-baru ini, presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mencadangkan satu solusi untuk menghapuskan golongan antivaksin dengan menyuntik vaksin Covid-19 ketika mereka tidur di rumah. Duterte berkata, kadar vaksinasi harus segera meningkat supaya kerajaan dapat mencapai 50 […]

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Ini Ujian Paling Hebat Buat Saya – Ismail Izzani

Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka. Bila tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Sabarlah ya…

error: Content is protected !!