Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 13, 2024 @ 4:44pm

Gelekan Bollywood Gamatkan Episod ICSYVMY7 Minggu Ini!

“Toksik! Semua Toksik!” Pembukaan episod minggu ini, I Can See Your Voice Malaysia 7 (ICSYVMY7) mengeletek hati! Semua ini kerana episod ke-empat yang akan bersiaran pada hari Ahad ini, 14 Julai 2024, mengetengahkan tema Bollywood!

Berbagai ragam yang menjadikan penonton tak kering gusi lebih-lebih lagi apabila Riena Diana terkesima dengan ketampanan wajah peserta nombor 5 yang dikatakan seakan-akan siapa ye? Riena juga lantang memilih peserta dari Sabah. Nak tahu kenapa? Mungkinkah kerana orang Sabah terkenal dengan suara yang sedap?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Episod bertambah gamat apabila hos, Izzue Islam, keliru dengan penggunaan perkataan serunai dan seruling. Bell yang dikenali dengan watak bersahaja, mengenakan Izzue secara spontan.

Manakala panel penyiasat jemputan Aizat Saha, pempengaruh yang pertama kali muncul di kaca televisyen kelihatan agak janggal. Namun apabila diusik oleh hos dan panel penyiasat yang lain, sisi lawaknya makin terserlah.

ICSYVMY minggu ini menjemput penyanyi yang sedang melonjak naik, Puteri Khareeza yang menyanyikan lagu runut bunyi bagi drama TV3 ‘Khilaf Yang Tertulis’. Dia yang juga berasal daripada program TV3, Idola Kecil ini akan menyumbangkan kepintarannya dan merancakkan lagi perdebatan bersama panel penyiasat tetap dan penyiasat jemputan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Dapatkah dia membuat keputusan yang tepat dengan bantuan panel penyiasat? Adakah kepintaran Puteri Khareeza akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyingkirkan penyamar bersuara sumbang?

Dengan bertemakan Bollywood, kesemua barisan panel penyiasat, hos dan artis jemputan memperagakan pakaian Bollywood. Penyiasat jemputan kali ini adalah pelakon jelita dan pempengaruh yang hangat di media sosial iaitu Datin Elvina dan Aizat Saha. Dapatkah mereka memberi pandangan yang berguna?

Atau kehadiran mereka hanya sekadar untuk mengelirukan artis jemputan? Bell yang tidak henti-henti mengusik hos Izzue Islam dan Shiha Zikir menggelarkan mereka toksik, mengelirukan Puteri Khareeza sama ada dia perlu percaya panel penyiasat atau percaya kepada pandangan hos.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Sakan bergelek! Ayuh menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3. Penonton juga boleh strim secara langsung dalam HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Kini tiba masanya untuk anda memulakan misi baharu dan melakukan siasatan anda bersama keluarga menerusi ICSYVMY7. Bagi merancakkan lagi perbualan di laman media sosial, jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ICSYVMY7.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Fri, 30 Aug 2024

“Saya Masih Tak Layak Jadi Pengganti Maya Karin” – Anna Jobling

Wah, seram juga ek tengok Anna berlakon dalam filem Lembayung tu😱

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

「体力和精神透支」刘家昌大马演唱会宣布取消

主办方对于在短期内再办一场演唱会将对年岁甚高的刘家昌老师会有不确定的安全顾虑,经慎重考量后决定取消马来西亚场演唱会。

Featured Wed, 15 Feb 2023

Pernah Berhasrat Tak Mahu Sertai AJL 37, Aina Abdul Puas Raih Gelaran Juara.. Bakal Buat Konsert 3.0 Skala Besar

Fuhhhh! Tak sabar min nak tunggu konsert Aina Abdul 3.0! Berskala besar gaisss 🤩🤩🤩 Dengar cerita sampai tiga tempat? Powerr

Featured Mon, 13 Jan 2025

Amira Othman Perjelas Dakwaan Bercinta, Mengaku Hanya Tumpang Populariti Fattah Amin

Hubungan mesra yang terjalin antara dirinya dan Fattah hanyalah atas urusan kerja sahaja.

Featured Wed, 12 Apr 2023
error: Content is protected !!