Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 15, 2024 @ 4:38pm

SPRM Beku 20 Akaun Bank Bernilai Lebih RM740,000 Babitkan Pempengaruh Bawa Imej Islamik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan kira-kira 20 akaun perbankan bernilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam membabitkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.

Memetik sumber Harian Metro, akaun yang dibekukan itu adalah akaun milik individu serta syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma dalam talian.

“Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) menyita dan membekukan hampir 20 akaun milik individu serta syarikat bagi membantu siasatan dijalankan.

“Kemungkinan akan ada beberapa lagi akaun perbankan yang akan turut disita serta dibekukan oleh SPRM,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Cawangan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)  SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi pemberita mengesahkan, pembekuan beberapa akaun milik individu serta syarikat susulan siasatan SPRM terhadap pasangan pempengaruh terbabit.

Katanya, sitaan dan pembekuan akaun terbabit dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Terdahulu, SPRM mendapat kebenaran menyambung reman empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang sebelum ini ditahan pada 10 Julai lalu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Perintah sambung reman selama tiga hari sehingga esok dikeluarkan oleh Majistret Siti Zahirah Zaidon selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini berikutan tempoh asal reman kesemua suspek tamat pada hari ini.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 May 2018

Blake Lively Unfollows Ryan Reynolds on Instagram

Is this just a little lover’s spat or did something big happen?

Trending Tue, 15 Oct 2019

Depression Unfortunately Isn’t As Foreign in the K-Pop Industry

Dark side of K-Pop industry with daily weigh-ins, dating bans and cosmetic surgery

Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Featured Fri, 4 Nov 2022
Trending Wed, 6 May 2020
Events Fri, 11 Mar 2022
Featured Thu, 7 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura,  Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”

Sebagai anak seni dia juga terkesan dengan kontroversi yang timbul sekaligus menitipkan pesana baut Fazura.

error: Content is protected !!