Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 16, 2024 @ 1:56pm

20 Kali Ulang Alik ke Tandas, Anak Sulung Eyra Hazali Alami Bengkak Usus

Pelakon Eyra Hazali memaklumkan, anak sulungnya, Hayder Qhalish terpaksa dimasukkan ke hospital sekali lagi apabila mengadu sakit dibahagian perut dan mengalami cirit-birit.

Kata Eyra, dia mengambil keputusan untuk membawa semula anaknya itu ke hospital selepas melihat keadaan Hayder yang tidak bermaya.

“Hayder discharged hari Khamis, dan Jumaat malam dia mengadu sakit perut dan cirit birit tanpa henti. Boleh dikatakan 20 kali ulang alik ke tandas.

“Semalam dia dah sakit sangat dan nampak tak bermaya. Jadi, kami decide untuk bawa ke hospital dan memang dia dehydrated. Jadi doktor terus cakap kena admit,” katanya.

Perkara itu dikongsi Eyra menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini memberitahu bahawa keputusan ujian sampel najis anaknya tidak menunjukkan ciri-ciri penyakit serius mahupun Rotavirus.

Bagaimanapun, selepas ujian ultrasound, doktor mendapati usus Hayder mengalami bengkak dan terpaksa mendapatkan rawatan  antibiotik dalam beberapa hari.

“Harini  buat ultrasound usus dia bengkak kemungkinan sebab tak betul baik dekat hospital hari tu dan keep on cirit birit. itu yang buat usu bengkak.

“Sample najis pun tak ada detect rotavirus or anything yang merisaukan. So, now Hayder on antibiotics and Inshaa-Allah it takes few days sebab usus dah bengkak,” jealsnya.

Justeru, Eyra sempat menitipkan ucaapan terima kasih buat semua pihak di luar sana yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan anak-anaknya.

“Thank you semua yang mendoakan Hayder. Semoga Allah membalas jasa baik semua,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon itu turut diuji apabila anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie dimasukkan ke hospital akibat mengalami buah pinggang kering.

Sekadar info, Eyra dan Haziq Hadzli iaitu pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2.

Pada 29 Mei lalu, Eyra bagaimanapun berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Featured Thu, 16 May 2019

Keliru waktu berbuka puasa dan imsak ketika dalam penerbangan? Ini panduannya

Bagi anda yang kaki jalan, info ini untuk anda hadam!

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Mahu Cabar Diri, Elisya Sandha Jadi Anggota Bomba?

Kata Elisya, Memang mencabar tapi seronok!

Trending Mon, 4 Dec 2017

Majikan WhatsApp lepas waktu kerja beri tekanan?

Pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Hiburan Fri, 8 Sep 2023
Hiburan Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Sun, 24 Jun 2018

萧秉æČ»æ­ŁćŒć›žćœ’ă€Šçˆ±èż‡äœ æœ‰ć€šäč…ć°±æœ‰ć€šç—›ă€‹ć”±èż›äșș濃

终结䞉ćčŽç­‰ćŸ…蔰ć‡ș黑暗ćčœè°·ïŒŒć‘Šćˆ«èż‡ćŽ»ïŒŒç»ćŽ†ć†…ćżƒéŁŽæšŽćŽé‡ç”Ÿçš„è§ç§‰æČ»ïŒŒćźŁć‘Šæ­ŁćŒć›žćœ’

error: Content is protected !!