Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 18, 2024 @ 6:54pm

Kolaborasi Malaysia, Indonesia… Insomniacks Bergabung Dengan Nabila Taqiyyah Menerusi Belum Mulai

Kumpulan muzik terkenal Malaysia, Insomniacks, telah bekerjasama dengan bintang baharu popular Indonesia, Nabila Taqiyyah untuk mengeluarkan single terbaru mereka yang bertajuk “Belum Mulai”.

Kolaborasi ini sangat menarik di mana bagi Nabila Taqiyyah, ini menunjukkan sisi lain dirinya sebagai penyanyi melalui lagu yang berunsur band. Bagi Insomniacks, lagu “Belum Mulai” merupakan lagu Bahasa Indonesia pertama yang mereka keluarkan.

“Rasanya sangat senang dan terhormat. Nabila adalah orang yang menyenangkan untuk diajak berkolaborasi kerana profesionalisme tinggi beliau semasa rakaman dan pembuatan video muzik. Dia sangat berbakat dan dari pertama kali kami mendengar suaranya untuk lagu ini, kami merasa dia menjadi elemen penting dalam lagu ini dan syukur dia bersedia untuk terlibat,” ujar anggota Insomniacks.

“Pastinya sangat gembira kerana ini adalah kolaborasi pertama saya dan lebih istimewa lagi bersama kumpulan dari Malaysia. Seluruh proses produksi berjalan lancar dan menyenangkan. Saya harap semua pendengar dapat menikmati lagu ini seperti kami menikmati seluruh proses pembuatannya,” kata Nabila.

Dalam single “Belum Mulai” ini, Nabila dan Insomniacks bekerjasama dengan Clara Riva dan S/EEK sebagai pencipta lagu. Mereka sudah banyak bekerjasama dengan penyanyi tempatan untuk mencipta lagu-lagu hit.

Lagu “Belum Mulai” menceritakan tentang seseorang yang harus merelakan cintanya pergi walaupun cinta tersebut belum bermula. Lagu ini menggambarkan perasaan seseorang yang harus melepaskan orang yang disayangi kerana pelbagai sebab walaupun kisah cinta mereka belum bermula.

Dari segi susunan muzik, lagu ini dimulakan dengan irama pop balada yang sederhana dengan gitar akustik sebagai elemen utama. Dari tengah hingga akhir lagu, unsur rock dengan distorsi ditambah untuk menandakan elemen band masih ada dalam susunan lagu. Hebat!

Video muzik “Belum Mulai” juga dibuat dengan kesan yang sederhana tetapi nyaman secara visual. Mengambil latar belakang kawasan lapang dengan pemandangan pokok-pokok yang mengelilinginya, ia pasti menyejukkan mata.

Video muzik “Belum Mulai” dihasilkan oleh Kolmar Films dengan Ido Aruan sebagai pengarahnya. Penggambaran dilakukan di Yogyakarta.

“Pembuatan video muzik di Yogyakarta sangat mengesankan kerana itu pertama kali kami dapat datang ke sana dan lebih istimewa lagi kerana bersama Nabila,” ujar Insomniacks.

Insomniacks dan Nabila Taqiyyah berharap lagu ini dapat dinikmati oleh banyak pengemar muzik di Malaysia mahupun di Indonesia. Bagi mereka yang merasakan hal yang sama dari cerita lagunya, semoga ia dapat menjadi inspirasi dalam mencari jalan terbaik.

“Mudah-mudahan peminat kami di Malaysia dan juga yang mendengar di Indonesia suka dan gembira dengan lagu ini dan memutarnya berulang-ulang,” harap Insomniacks.

“Buat kamu yang dapat mengaitkan diri dengan lagu ini, semoga ia menjadi soundtrack untuk menghiasi kehidupan kamu. Semoga semua suka dengan lagunya,” harap Nabila.

Single kolaborasi Nabila Taqiyyah dengan Insomniacks sudah tersedia di semua platform muzik digital. Video muziknya juga telah ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 8 Feb 2019

Ola Bola the Musical is BACK and You Can Win Tickets to the Pre-Screening!

You can be the very first people to catch the musical before the shows are open to public!

Trending Wed, 30 Jan 2019

Lazada Leng Chais and Dates Liven Up Old Folk’s Home in Conjunction with CNY

The group of youths brought much joy and fun to the Home.

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Tahniah, Isma Selamat Bergelar Isteri!

Isma menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit.

Featured Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Janna Nick, Mawar Rashid Pula Buat Ucapan Berbayar?

Dalam masa sama, Janna memberitahu dia tidak bimbang dengan hal berkenaan dan menganggap ia sebuah persaingan sihat.

Trending Fri, 22 Mar 2019

Dengan #HeadScarfForHarmony, Laungan Azan Solat Jumaat Di Christchurch Dihadiri Ribuan Rakyat New Zealand

#HeadscarfforHarmony tanda solidariti tragedi tembakan Christchurch

#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

“Lupa Nak Rakam, Boleh Berlakon Balik Tak?” – Imran Aqil Beri Dahlia Rizal Bunga, Ramai Peminat Single Meronta-Ronta

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama tunang, Dahlia Rizal yang juga merupakan seorang pempengaruh. @indomie.dGeram je i tgk perangai dia ni. Sib baik sayang ♬ original […]

Hiburan Wed, 3 Sep 2025
error: Content is protected !!